Sunday, 21 September 2014

LELAKI TIDAK KETAGIH LAGI!!





Seorang wanita cantik dan seksi bernama Sarah 
White ini mengakui mempunyai kaedah rawatan 
tersendiri terhadap lelaki yang ketagihan 
pornografi.

Wanita berusia 28 tahun ini menyatakan kaedah 
yang dikenali sebagai 'naked therapy' tersebut 
berjaya membuat para lelaki tidak lagi ketagihan 
terhadap pornografi.

Kaedah sarah ini sangat mudah, dia hanya melakukan 
sesi terapi melalui webcam dalam keadaan 
bogel. Pelanggannya perlu melakukan perkara 
sama.

Selepas itu, dia mulai mengajak pelanggannya 
untuk meluahkan masalah apa yang dirasakannya 
saat menjadi ketagihan pornografi dan apa saja hal 
yang membuat mereka ketagihan pornografi. 
Bahkan lebih gila lagi Sarah membenarkan 
pelanggannya untuk beronani semasa sesi terapi 
tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh Detik.com, ramai 
orang menyatakan kaedah sarah ini sangat tidak 
beretika sehingga membuat orang berfikir sarah 
ingin mengajak pelanggannya berbicara berkaitan 
seks.

Tapi, sarah tak peduli tanggapan orang ramai 
terhadap kaedah tersebut. Menurutnya, dia hanya 
ingin membuat pelanggan beliau berasa selesa dan 
tidak merasa malu-malu apabila menceritakan 
masalahnya tentang ketagihan pornografi tersebut.

Sarah juga menyatakan bahawa kaedah tersebut 
sudah membuat ramai lelaki sudah berjaya pulih 
dari ketagihan terhadap pornografi tersebut.

Walaupun tidak disukai ramai orang, Sarah 
tetap memperjuangkan kaedah tersebut untuk 
merawat para lelaki yang mengalami ketagihan 
terhadap pornografi.

No comments: