WANITA INI PERKOSA LELAKI HINGGA DIRINYA HAMIL.
Seorang wanita dari Seattle, AS, bernama Chantae
Gilman (26) dituduh merogol seorang lelaki di
apartment milik lelaki tersebut.
Lelaki berusia 31 tahun yang tidak diketahui
identitinya berkata, pada 17 Jun lalu dia bangun
dari tidur dan melihat Gilman sedang berada di
atas tubuhnya.
Menurut pihak polis, malam ketika lelaki itu diperkosa
dia mengatakan menghadiri sebuah pesta seorang
jiran yang mengenali Gilman.
"Apabila tiba di rumah dia terus tertidur," kata polis
Roger Ishimitsu.
Seperti dilaporkan merdeka.com, lelaki itu terbangun
pukul 2.00 pagi dan melihat Gilman sedang
merogolnya. tangan lelaki itu diikat di belakang
kepala ketika
kejadian.
Lelaki tersebut meminta Gilman turun dari tubuhnya
tapi wanita itu tidak mempedulikannya.
Selepas berjaya melepaskan diri, lelaki itu mengusir
Gilman dan bergegas ke hospital untuk pemeriksaan
perubatan.
Belum diketahui bagaimana Gilman boleh masuk ke
apartment lelaki itu.
Kepada polis, Gilman mengatakan dia tidak ingat ada
di apartment lelaki itu dan melakukan hubungan seks
dengannya.
Pihak polis mengatakan wanita itu mengalami masalah
mental dan menderita bipolar.
Hasil pemeriksaan telah dijumpai DNA wanita yang
sepadan dengan DNA Gilman di lokasi kejadian.
Menurut sebuah status di laman media sosial Facebook
milik Gilman, dia kini sedang hamil 31 minggu.
Dia sebelumnya sudah punya dua anak kecil.
Kini Gilman didakwa melakukan pemerkosaan dengan
mangsa yang tidak berdaya ketika dirogol.
No comments:
Post a Comment