Apa terjadi dalam kubur?Sudah cukupkah persediaan kita???
Apa perasan kita jika berselubung di
dalam selimut tebal di waktu tengahari?
Cuba lakukan ia selama sepuluh minit
sambil berbaring seperti sekujur tubuh
yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa
dingin dan tingkap dan pintu di tutup
rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih
dari 30 minit ?
Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak
mampu menanggung ketidakselesaan itu
walaupun hanya untuk 10 minit. Saya
pasti kerana saya pernah mencubanya.
Panas dan berhaba.
Setiap kali saya fikirkan semula percubaan
saya itu, saya terfikir keadaan di alam
barzakh kelak..terutamanya di liang
lahad yang sempit, tertutup, tanpa
penghawa dingin, tilam, tingkap serta
kipas itu.
Belum lagi membayangkan ular berkuku
membelit dan mematuk tubuh yang
penuh dosa!
Belum lagi membayangkan soalan
malaikat yang bertalu-talu diselang
-selikan dengan pukulan hingga
terperosok ke dasar bumi!!!
Belum lagi membayangkan kepala
di himpit tanah,tulang rusuk bertemu
dikepit bumi,dan pelbagai lagi seksaan
kubur!!!
KUBUR PERSINGGAHAN YANG TAK MENYEDIAKAN
APA-APA KEPADA KITA! RUANG KOSONG TANPA
PERABOT DAN LAIN-LAIN UNTUK KESELESAAN
JENAZAH!
Kubur akan tanya apa persediaan yang kita bawa?
Apa yang kita nak jawab nanti?
Andainya kita bawa bekalan bolehlah kita jawab.
Ketika tanah nak menghimpit kepala kita,
tiba-tiba ianya terhenti kerana kepala kita
sentiasa tersiram air sembahyang dan
selalu mencium dan menjunjung al
qur'an setelah selesai membacanya!!!
Selamatlah kepala kita!!!
Yang lain-lain tu carilah sendiri bagaimana
nak buat persediaan bagi menghadapi siksaan
kubur agar tidak menyeksa tubuh kita!!!
No comments:
Post a Comment