Friday, 19 September 2014

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN HARAM MELAWAN KETUA BAHAGIAN!!! FATWA USTAZ AHMAD SHABERY CHEEK!!!!

Shabery Perlu Mohon Maaf – 

Ramli Norani


SHAH ALAM – Timbalan Ketua Umno Bahagian di negeri ini mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf dan menarik kembali kenyataan beliau yang dianggap menafikan peranan Timbalan Ketua Umno Bahagian, selain disifatkan mampu mewujudkan pertelingkahan dalaman.

Pengerusi Kelab Timbalan Ketua Umno Bahagian Seluruh Selangor, Dato’ Hj Ramli Norani dalam sidang media, di Grand Blue Wave, di sini petang tadi, berkata kenyataan Shabery itu dilihat sebagai cubaan merendahkan martabat Timbalan Ketua Umno Bahagian kerana disampaikan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno BahagianSungai Besar, baru-baru ini.

“Dalam apa juga perasmian, dari segi ucapan, mana-mana 
menteri pun, termasuk pemimpin nombor satu (Presiden Umno) dan nombor dua (Timbalan Presiden Umno) jarang-jarang sekali kita dengar kenyataan provokasi terhadap ahli-ahli dan juga perwakilan dalam majlis tersebut.

“Dia (Shabery) berkata, sedar-sedarlah timbalan. Timbalan 
adalah timbalan. Jangan cuba-cuba nak melawan ketua. 
Adakah ini ucapan menteri dan ahli majlis tertinggi 
dalam majlis perasmian? Sepatutnya dia bercerita 
hal-hal baik sahaja termasuk berkaitan dasar kerajaan,”, 
tegas Ramli.

Ramli turut memberi amaran akan mengumpulkan 
semua Timbalan Ketua Umno Bahagian di seluruh 
negara untuk bertemu Perdana Menteri , seandainya 
Shabery tidak memohon maaf secara terbuka dan 
menarik kembali kenyataan tersebut.

Turut hadir dalam sidang media terbabit ialah Timbalan 
Ketua Umno Bahagian lain termasuk Zurihan Yusof 
(Kuala Langat), Dato’ Rahim Mat Sah (Shah Alam), 
Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin (Serdang) dan 
Jamaluddin Razali (Petaling Jaya Selatan).

No comments: