Saturday, 13 September 2014

Nik Aziz Dakwa 'Ustaz' Tiada Pengaruh Dalam UMNO!!!


Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, semalam
.
KOTA BHARU 12 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan tindakan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mengambil calon yang berlatar belakang agama untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar mendakwa, tindakan itu hanya strategi untuk mengaburi pengundi kerana golongan bertaraf 'ustaz' dalam UMNO khususnya di negeri ini tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti itu dan akhirnya suara mereka akan diketepikan.

Nik Abdul Aziz mendakwa, para ustaz yang berada dalam UMNO tidak dapat memainkan peranan sebagai 'guru agama' dengan sempurna kerana mereka memilih untuk berada dalam parti yang berteraskan kebangsaan.

"Berapa ramai ustaz UMNO dalam Kelantan ini? Akhirnya diketepikan habis, ustaz ini maknanya guru agama, bagaimana dia hendak ajar kalau dia tolak agama, dia sendiri tolak agama ambil (parti) kebangsaan.

"UMNO tolak agama, kemudian marah kepada orang yang sebut agama dalam masjid, akan kena (tindakan) begitu begini, jadi ambil ustaz buat apa?

"Bukan tidak ada kelebihan (ambil ustaz), biar salah pun, salahlah, buat tipu rakyat, dia hendak ajar apa agama? Mana ada ustaz UMNO buat kuliah hari Jumaat, kalau buat kuliah sudah tentu masuk Pas habis semua orang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan latar belakang antara calon yang menjadi pilihan BN dan Pas me­rebut kerusi DUN Pengkalan Kubor yang kosong selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar 20 Ogos lalu.

Nik Abdul Aziz dalam kuliahnya turut menasihatkan pengundi daripada terpengaruh dengan 'rasuah' politik pembangunan dan material pada kempen pilihan raya kecil ini.

"Bila mula musim pilihan raya mulalah orang sebut pasal pembangunan, (pujukan) seperti kalau undi saya, kita beri belaka, kalau undi parti (itu) kamu dapat apa, kita tanya dia balik kenapa Allah kirim Nabi Muhammad ini orang miskin, kenapa tak lantik Nabi Muhammad orang kaya?.

"Sengaja Allah lantik nabi akhir zaman ini miskin, para hadirin kena ingat dan jangan kita telan kempen orang yang tujuannya untuk dapat duit, pembangunan atau apa-apa, atas dunia ini Nabi Muhammad hanya bina masjid Quba' dan masjid Madinah," katanya.-Utusan Melayu (M) Bhd. 

KEANGKUHAN DAN KETAKBURAN NIK AZIZ!!!

Mantan MB Kelantan mulakan serangan awal terhadap calon UMNO/BN yang bergelar ustaz...dengan menyatakan bahawa UMNO tolak Islam mana ustaz ada kedudukan dalam UMNO lagipun mana ada ustaz UMNO buat kuliah hari Jumaat...


Ingat UMNO jangan serang calon Doktrin PAS kerana kita tidak perlu "menyerang" musuh yang sudah "Tak keruan dan tak tentu hala" macam "layang-layang putus tali"...


Biarlah agenda Doktrin Pas yang "jumud" kononnya Doktrin Pas sahaja yang "maksum dalam perjuangan Islam"


Rakyat sudah tahu apa itu Doktrin Pas...biarlah Mantan MB Kelantan itu dengan "hujahnya UMNO tolak Islam" bukan dia yang menentukan keislamanan orang-orang UMNO itu...kesian pulak kita tengok dia.

Kubur kata mari,rumah kata pergi masih nak buat dakyah songsang!!!

4 comments:

Anonymous said...

dalam umno kononnya ustaz tidak ada pengaruh. dalam pas pulak, pengaruh ustaz dah mula ditendang keluar. nik aziz kong kali kong. dengki tahap dewa. dah tua, sakit, tak larat tapi lidah tetap bercabang....

Jane Duncan said...

itulah contoh angkuh diri
berkata-kata seolah nabi!
sedangkan ramai ahlinya sendiri
Sudah hilang maruah diri!

Jangan buat penilaian suka-suka
Kita semua hamba pada Allah belaka!
Jika tiada kedamaian dalam jiwa
Jangan tohmah orang sewenangnya!

Anonymous said...

Kenapa orang tua ni bercakap yang merapu rapu...dah buang tebiat ke untuk sebulan lag I.

Anonymous said...

Orang tua ..selalu bawa kandi air kencing ..