Friday, 12 September 2014

RAJA ADALAH PAYUNG KITA!!! KITALAH YANG KENA JAGA PAYUNG KITA!!!

















"Sultan adalah naungan Allah di Bumi. Sesiapa yang menghinakannya maka Allah akan menghinanya. Sesiapa yang memuliakan maka Allah akan muliakannya" (HR Al Baihaqi)


Ibnu Qayyim menulis dalam Ad Daa' wad Dawaa':

"Dari Malik bin Dinar, dia berkata: Aku pernah membaca di dalam satu riwayat bahawasanya Allah berfirman: 


'Aku adalah Allah yang Menguasai para Raja. Dan hati mereka berada di tangan Ku. Jika mereka mentaati ku maka Aku jadikan mereka sebagai rahmat. Namun apabila mereka durhaka kepadaKu maka Aku jadikan mereka sebagai azab. 
Justeru janganlah kalian menyebokkan diri dengan mencaci para Raja. Tetapi bertaubatlah kepadaKu. Nescaya Aku akan jadikan mereka mengasihi kalian"


Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’
Seri Tajul Rosli, bekas MB Perak) yang tidak
mahu meletak jawatan Menteri besar Perak,
walaupun perjanjian asal dia hanya hendak
pegang dua tahun sahaja. 

Atas sebab itu, beliau
mengkritik sultan Perak secara terbuka dengan
menyatakan Sultan Perak tidak ada hak utk
memaksanya melepaskan jawatan.

* Media pro Umno mengkritik Sultan Pahang
secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar, bekas
Menteri Besar Pahang berselisih faham dengan
baginda.



* UMNO membelasah Raja-Raja Melayu secara
terbuka pada tahun 1983 kerana depa menolak
cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong
mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.



* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung
UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara
terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di
Kelantan.



* Dalam Persidangan Agung UMNO yang sama
juga, perwakilan UMNO meminta harta raja
disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Mingguan
Malaysia muka surat depan.




* Satu demontrasi dan penyerahan
memorandum kepada Sultan
Kelantan telah

dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan
berhubung kes yang sama.


* Perlembagaan Persekutuan yang
membolehkan raja di bawa ke mahkamah.
Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh
pindaan ini, maka media mengkritik secara
terbuka salah laku raja.



* Beberapa siri rapat umum haram UMNO di
Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat
dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr
Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.



* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk
mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993
di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Annuar Musa,
sekaligus undermine Sultan Kelantan pada
ketika itu.



* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB
Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang
tidak layak menduduki takhta dia ada
bukti” (Berita Harian 11hb Jun 1993.)



* Tan Sri Muhammad Mohd Taib kata Ir Nizar
derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah
(puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai

Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?


* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot
angkat sumpah Dato’ Ahmad Said selepas
pilihanraya 2008. Peristiwa yang sama
menyaksikan banner "kami nak deris, natang"
keudara live dalam TV. "Natang" tu tuju kat
sapa? heh.




* Penyokong UMNO pula mengatakan sultan
binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka
yang demo dan hina Sultan?.



* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa
Sabu sebagai MB Perlis, sekaligus menafikan
titah Raja Perlis.



* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya
amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan
sewaktu berkomunikasi dengan sultan
dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan
‘saya tuanku’. Berita Harian 3/2/1993.



* Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua
Pemuda Umno mencabar supaya Sultan
Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH
11/2/93)



Itulah antara kes yang sempat dikumpulkan
hasil bantuan rakan-rakan.



KESILAPAN YANG LALU JANGANLAH DIULANGI LAGI!!!

No comments: