Tuesday 16 September 2014

BIADAP!!! ISLAM TERHINA LAGI!!!





Pengguna laman sosial mengecam syarikat penerbangan Firefly yang dikatakan tidak sensitif dengan penyiaran iklan di ‘inflight magazine’ mereka.


 Di dalam iklan tersebut dipaparkan bulan sabit dan bintang pecah 14, yakni lambang agama Islam sebagai agama rasmi diletakkan ditapak kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut.



 Bulan sabit (anak bulan) melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).



 Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.-FMT













Jika diperhatikan betul-betul memang ada kebenarannya teguran daripada Page Selawat Perdana ni sebab umum semua mengetahui apa maksud lambang bintang dan bulan terutama pada bendera Malaysia. Bintang berbucu 13 melambangkan gabungan 13 negeri yang membentuk negara Malaysia manakala bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. 

Apakah pihak yang berkaitan dalam penerbitan gambar tersebut terutama pihak pengurusan syarikat penerbangan FireFly mengambil mudah perkara-perkara sensitif sebegini atau memang sengaja dilakukan dengan niat "ada udang disebalik mee". 

Yang menghairankan bukan main banyak lagi logo dan lambang yang boleh digunakan. Kenapa tak letak jer lambang FireFly sendiri kat tapak kaki tu. Kan elok letak logo dan lambang sendiri daripada letak lambang orang lain. Kenapa? Marah? Tau pun marah kalo letak lambang FireFly kat kaki tu. Habis tu yang letak lambang Islam tu orang lain tak marah kot. 

Lain kali kalo tak mau orang lain marah jangan sesuka hati mak bapak korang jer pasang lambang orang lain. Pakai lambang sendiri logo FireFly tu takda sapa nak marah punya. Letak ler kat kaki ker kat bontot ker takda sapa nak heran la-KN. 

p/s : ooooooooooooooooooooo bila kena tang batang hidung sendiri tak boleh plak, kalo buat kat orang boleh..... 

No comments: