Wednesday, 17 September 2014

SEJARAH PERLU DIPADAMKAN UNTUK MERUNTUHKAN JATI DIRI SESUATU BANGSA!!!


Seperti mana yang umum tahu,kewujudan Hang Tuah sebagai seorang manusia in flesh and blood, manusia yang memang berdarah daging pun ada juga yang mempersoalkan. 



Kononnya kewujudan pahlawan besar Melayu ini tidak boleh dibuktikan secara ilmiah... beliau cuma wujud dalam khayalan cerita-cerita lisan rakyat yang kemudian dibukukan. 

Masalah timbul kerana setakat ini tidak ada bukti yang dianggap lebih saintifik dan konkrit seperti padanan DNA mahupun penemuan arkeologi yang dapat menunjukkan kewujudan Hang Tuah. 

Beliau kelihatan wujud sekadar dalam naskah-naskah lama Melayu dan penceritaan lisan zaman berzaman, itupun ada bercanggah antara satu sama lain. 

Misalnya kitab Sulalatus Salatin menyebut sahabat yang menderhaka kepada raja lalu dibunuh Hang Tuah adalah Hang Kasturi sedangkan Hikayat Hang Tuah menyebut ia adalah Hang Jebat. 

SS turut menyebut yang mengetuai rombongan ke Cina sehingga membawa balik Puteri Hang Li Po adalah Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak, yang membawa si rupawan Pahang, Tun Teja ke Melaka pula adalah Hang Nadim, menantu Hang Tuah. Sedangkan HHT menyebut Hang Tuah sebagai watak utama dalam kedua-dua peristiwa.

Kewujudan Hang Tuah turut dipersoalkan atas alasan namanya konon tidak ada disebut dalam catatan-catatan sejarah orang di luar Alam Melayu seperti dari Portugis dan Cina. 

Logiknya, oleh kerana sejarah Melayu menyebut Melaka sebagai sebuah kerajaan besar yang pelabuhannya dikunjungi pedagang dari serata dunia dan Hang Tuah pahlawan besarnya, tentu namanya ada dicatat mereka. 

Walaupun saya pernah mendengar orang menyebut ada teks Portugis menyatakan angkatan mereka tidak berani menyerang Melaka selagi Hang Tuah masih hidup saya sendiri belum pernah terbaca teks sebegitu. 

Sebaliknya apa yang saya jumpa adalah SS atau Sulalatus Salatin menyebut, selepas percubaan pertama untuk menawan Melaka gagal, orang Portugis membuat rumusan bahawa Melaka tidak akan kalah selagi ada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, ayah kepada Tun Fatimah (yang kemudian menjadi isteri Sultan Mahmud).

Atas sebab inilah saya sanggup datang dari jauh ke Melaka, memandu lewat malam dari Bandar Tasik Puteri di Rawang meninggalkan isteri yang baru sahaja 11 hari melahirkan anak baru bersendirian dengan anak kecil berumur dua setengah tahun di rumah. Isteri yang merupakan penyokong setia saya dalam memartabatkan kembali jati diri orang Melayu ini tahu saya menagih hujah sokongan untuk meneruskan perjuangan. Beliau malah menggalakkan saya pergi apalagi turut mengikut adalah sahabat yang kami anggap seperti adik, saudara Zam yang baru sebulan dua lalu diberi penghormatan oleh cendekiawan besar Dr Annabel Gallop dari British Library untuk membentangkan satu kertas kerja di Aceh. Diharapkan seminar ini dapat memberikan hujah dan bukti yang diperlukan agar tidak ada lagi mana-mana manusia dapat menyoal kewujudan Hang Tuah lalu memperkecilkan keberadaan orang Melayu.

Kewujudan Hang Tuah masih terus dikupas kebanyakannya dari sudut sastera, bukti lebih saintifik yang diharap belum menjelma lagi. Ya, sastera itu penting dan tidak boleh ditolak. 

Walaupun banyak legenda dan mitos yang pelik-pelik mengiringi kewujudan seorang manusia bernama Hang Tuah, teori sastera seperti dibentangkan menyimpulkan legenda dan mitos pun wujud bersandarkan realiti. Ia mungkin ditokok-tambah sehingga menjadi tidak masuk akal tetapi tetap merujuk kepada orang yang memang pernah wujud darah dagingnya.

Namun masih diharapkan satu hujah atau barang bukti yang betul-betul dapat membuatkan mereka yang mempersoalkan kewujudan Hang Tuah terduduk. 

Apakah perlunya dibuktikan kewujudan Hang Tuah misalnya melalui proses padanan DNA? Apakah harus digali makam yang dikatakan miliknya di Tanjung Keling lalu merosakkannya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain? 

Dalam pada itu terbetik di hati, walaupun sedutan Sulalatus Salatin menyebut Hang Tuah dimakamkan di tempat itu, sekali lagi biar diingatkan... versi lain kitab tidak pernah menyatakan di manakah jasad pahlawan tersohor Melayu ini disemadikan. Takut tiada jasad di tempat tersebut atau kalau ada pun ia milik orang lain.

Ya. Mungkin di luar sana ada ramai yang mengaku dari keturunan Hang Tuah lalu menyimpan salasilah. DNA tubuh mereka boleh diuji untuk dipadankan dengan DNA dari makam di Tanjung Keling, jika ada yang sanggup menggali. 

Tetapi apa yang dapat dibuktikan sebenarnya adalah orang yang DNAnya diambil memang keturunan daripada orang yang jasadnya dimakamkan lebih 500 tahun lalu di situ. 

Tidak ada padanan lain untuk menunjukkan ia milik Hang Tuah. Silap-silap nanti yang dibuktikan tertanam sekadar seorang pedagang kecil Keling. Nah. Mana nak letak muka jika semua orang yang mengaku keturunan Hang Tuah itu dibuktikan sebagai cuma anak cucu seorang yang tidak berkedudukan?

Samada mitos atau tidak terlalu banyak contoh teladan tentang kehidupan beliau dan persekitaran yang boleh diangkat untuk membentuk masyarakat sekarang dan itulah yang diutamakan. 

Namun realitinya perbincangan dan pengupasan muluk-muluk tidak cukup untuk menangani realiti keadaan yang sedang berlaku masa kini. Orang Melayu sedang diasak dari segenap arah dan dari segala segi.

Pembuktian yang diminta tentang kewujudan Hang Tuah oleh pihak bukan Melayu tidak langsung bertujuan mencari kebenaran. Ia sebenarnya mahu menafikan satu simbol besar orang Melayu demi menjatuhkan bangsa dan menafikan hak-hak kita.

Maka  kita sebenarnya tidak perlu menyahut cabaran untuk membuktikan apa-apa. Cuma kita masih memerlukan hujah yang tidak boleh disanggah. Telah terjumpa satu dokumen dari Cina yang tarikh penulisannya bersamaan 15 April 1480 (betulkan dan tegur jika saya tersalah dengar) ada menyebut tentang kehadiran Laksamana Melaka di negeri Cina yang kemudian pergi ke Vietnam dan beberapa tempat lain. 

Walaupun ia tidak menyebut siapakah Laksamana tersebut, kita tahu pada zaman itu yang menjadi Laksamana Melaka adalah Hang Tuah. Untuk pengetahuan kitab Sulalatus Salatin sendiri tidak lagi menyebut nama Hang Tuah selepas beliau dilantik menjadi Laksamana... 

Sehinggalah sampai ke perenggan yang menyebut beliau mati. Di situ beliau disebut sebagai Laksamana Hang Tuah, bukan sekadar Laksamana atau Hang Tuah sebagai penegasan bahawa selepas itu yang menggantikannya menjadi Laksamana adalah seorang menantunya Khoja Hussin.

Selain itu diberitakan ada kewujudan dokumen dari luar Alam Melayu yang menyebut tentang kedatangan kapal Laksamana ke Ryukyu, Jepun. Saya sudah lupa sumbernya. 

Yang pasti jika ini benar ia adalah perkembangan menarik. Antara dokumen Laksamana ke Cina dan Vietnam dengan dokumen ke Ryukyu ada pembuktian kukuh yang boleh menyokong cerita pengembaraan Hang Tuah dalam hikayatnya (dalam Sulalatus Salatin tidak ada cerita tersebut, mungkin kerana ia ditulis oleh bendahara yang mengutamakan segala yang berkaitan dengan kaum kerabat terdekatnya sahaja). 

Dan ada kemungkinan terdapat banyak lagi dokumen sah yang cukup kuat untuk membuktikan kewujudan Hang Tuah malah memperkukuhkan kebesaran kerajaan Melayu Melaka.

Saya pun berkongsi pendapat tentang rekod-rekod Dinasti Ming yang hilang akibat kejatuahan dinasti kemudian mahu menyembunyikan sesuatu (Rekod Dinasti Ming tidak boleh menafikan kewujudan Hang Tuah).  

Sayangnya apabila soalan berkaitan dikemukakan saya tidak mendapat jawaban kerana tiada yang pakar dalam sejarah Dinasti Ming mahupun sejarah Cina secara umumnya. 

Agaknya Prof Li daripada Cina lebih merupakan pakar komunikasi dan Dr Tan dari Singapura yang sebut sebagai Presiden International Cheng Ho Society boleh jadi rujukan. 

Kalau dapat kita boleh bertanyakan kaitan keIslaman Cheng Ho dengan kemungkinan bahawa Dinasti Ming sudah sedia Islam. 

Dalam pada itu  kebimbangan tetap ada bahawa kewujudan Hang Tuah dinafikan untuk mengubah kurikulum sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus di sekolah bermula 2014. 

Kalau percubaan menafikan ini berjaya tidak mustahil nama Hang Tuah akan dihilangkan berserta sebahagian besar sejarah Melaka yang konon sengaja didongengkan agar generasi akan datang tidak tahu keadaan sebenar. 

Sesungguhnya yang mahu diselamatkan, yang mahu dibuktikan kewujudannya, yang mahu dimartabatkan bukan sekadar Hang Tuah tetapi bangsa Melayu itu sendiri. 

Cuma Hang Tuah memang satu komponen penting dalam perjuangan ini. Kerana jika beliau tidak wujud siapa pula yang mengungkapkan kata-kata keramat "Tidak Melayu hilang di dunia" itu? 

Jika tidak ada mereka yang hati-hatinya seperti kepingan-kepingan besi (meminjam ungkapan Nabi Muhammad SAW tentang para pemuda yang akan mendaulatkan Islam akhir zaman) untuk sedia berkorban jiwa dan raga demi memartabatkan agama, bangsa dan negara ditakuti apa yang berlaku di Kuala Lumpur 45 tahun lalu boleh berulang kembali... 

Apabila Melayu dihina dan dicerca disuruh balik kampung oleh keturunan pendatang yang tidak tahu diuntung apatah lagi sejak kebelakangan ini hak orang Melayu sebagai penduduk asal bumi sebelah sini sering dipersoalkan. 

Jika orang Cina boleh kembali ke negeri Cina, orang India ke India, kita orang Melayu hendak balik ke mana lagi jika tidak di sini? Ini tidak. Yang di Cina dan di India pun mereka mahu - sejarah dua peradaban besar tersebut mahu terus digalas penuh bangga dengan segala bahasa dan budayanya dibawa ke Tanah Melayu tanpa mahu berasimilasi. Kita pula mahu ditendang tanpa negeri?

Kalau kita dipaksa jadi tersepit jangan hairan jika apa yang dikatakan mitos peringkat alam kayangan bakal menjadi realiti lagi. Setakat parang terbang itu masih permainan budak. 

Menulis secara spontan menurut rasa mungkin tidak dapat mengingati sesuatu kenyataan dengan tepat. Tapi kalau tak salah ingatan, salah satu perkara yang disabdakan Nabi akan berlaku akhir zaman adalah sebuah kota besar orang kafir akan runtuh semata-mata disebabkan laungan takbir orang Mukmin. 

Tentunya tidak saintifik dan tidak boleh masuk akal, kelihatan bunyinya seperti permainan bahasa dan sastera semata tetapi itulah realiti akhir zaman yang tidak dapat disanggah.


No comments: