Tuesday 2 September 2014

Ahli Didakwa Bertumbuk Pada Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut!!! Opppsss Sorry!Silap Dengar! Kat Bahagian Pokok Sena Rupanya!!!


Sekadar hiasan






Apa lagi yang tak kena, Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena, Kedah  terpaksa berhadapan dengan kejadian tumbuk menumbuk dan baling kerusi ekoran dakwaan tidak puas hati sebaik sahaja Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan dewan selepas majlis perasmian.

Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Haris Che Mat berkata, UMNO Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada UMNO Pusat dan Negeri.

"Siasatan awal kami mendapati kekecohan itu dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman."

Puncanya tidak diketahui lagi tetapi kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat yang diadakan di Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star," dakwanya.

Jelasnya, pada mulanya, sekumpulan ahli UMNO yang hadir untuk bermesyuarat telah membuat bising kerana sebab-sebab tertentu tetapi enggan berdiam diri selepas ditegur.Mereka kemudian membaling kerusi sebagai tanda tIdak puas hati dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO lain menyebabkan berlakunya kejadian cabar-mencabar dan akhirnya bertumbuk sesama mereka.

"Kejadian itu dapat dileraikan dengan bantuan pasukan Rela dan mesyuarat diteruskan apabila suasana kembali tenang. Tidak ada sesiapa yang cedera pada kejadian itu," dakwanya.Jelasnya, apa juga kejadian yang berlaku akan dilaporkan kepada UMNO pusat untuk tindakan selanjutnya.


No comments: