Friday, 26 September 2014

Mati Kerana 'Kecederaan Dalaman' Alat Kelamin!


Pengantin Perempuan, 13, Mati kerana 'Kecederaan Dalaman'

Gambar hiasan. Seorang gadis Yaman. 


Seorang gadis Yaman berumur 13 tahun, 

mati selepas empat hari dikahwinkan oleh 
keluarga dengan lelaki yang jauh lebih tua 
dari umur kanak-kanak tersebut, menurut 
sebuah kumpulan hak asasi manusia 
tempatan.


Ilham Mahdi al Assi meninggal dunia di 

sebuah hospital di daerah Hajja, menurut 
Shaqaeq Arab Forum untuk Hak Asasi 
Manusia, memetik satu laporan perubatan 
dari hospital al-Thawra yang mengatakan 
bahawa pengantin kanak-kanak perempuan 
itu mengalami kecederaan alat kelamin 
dengan pendarahan yang teruk.


Ilham adalah mangsa penganiayaan di 

Yaman dan satu contoh yang jelas akibat 
membenarkan perkahwinan tanpa had 
umur, menurut SAF.


Gadis tersebut berkahwin pada Isnin 

lepas dalam satu perkahwinan tradisi 
yang dikenali sebagai 'perkahwinan 
pertukaran', dimana abang pengantin 
perempuan mengahwini adik pengantin 
lelaki.


Sigrid Kaag, pengarah daerah bagi 

UNICEF, berkata dalam satu kenyataan 
bahawa agensi kanak-kanak Bangsa-
bangsa Bersatu 'merasa kecewa di atas 
kematian tetapi masih lagi ada pengantin 
kanak-kanak perempuan di Yaman'.


Perkahwinan kanak-kanak perempuan 

berlaku secara meluas di Yaman dan 
menarik perhatian kumpulan hak 
antarabangsa untuk memberi tekanan 
kepada kerajaan agar mengharamkan 
perkahwinan tersebut.


Kemiskinan di Yaman menjadi punca 

utama, dimana keluarga miskin amat 
sukar untuk mengatakan 'tidak' apabila 
ditawarkan beratus-ratus dollar untuk 
mengahwinkan anak mereka. 


Lebih dua puluh lima peratus gadis 

Yaman berkahwin di bawah umur 15 
tahun, menurut laporan tahun lepas 
oleh Jabatan Hal Ehwal Sosial.


Pada Februari, 2009, satu undang-

undang menetapkan usia minimum 
untuk berkahwin pada usia 17 tahun, 
tapi perkara itu dibantah dan dihantar 
kembali ke jawatankuasa perlembagaan 
parlimen untuk dibentangkan semula 
selepas beberapa ahli politik menyebut 
undang-undang tersebut sebagai 'tidak 
Islam'.


Beberapa ulama yang menandatangani 

keputusan terhadap larangan perkahwinan 
bawah umur turut dikeluarkan dari jawatan
kuasa. Pada bulan ini jawatankuasa itu 
didesak untuk membuat keputusan akhir 
mengenai perundangan tersebut.


Isu pengantin kanak-kanak perempuan 

mendapat perhatian meluas tiga tahun 
lalu apabila seorang kanak-kanak 8 tahun 
melarikan diri selepas perkahwinannya 
dengan lelaki berusia 30an dan meminta 
perlindungan mahkamah. Dia diceraikan 
apabila menang dalam perbicaraan.


Pada bulan September, seorang isteri, 

kanak-kanak berumur 12 tahun mati 
setelah berjuang selama tiga hari untuk 
melahirkan anak, menurut persatuan 
hak asasi tempatan.


Yaman pernah menetapkan 15 tahun 

sebagai usia minimum untuk berkahwin, 
tetapi parlimen membatalkan undang-
undang pada 1990an, dengan alasan ibu 
bapa berhak memutuskan bila untuk 
menikahkan anak gadis mereka. 
Petikan Daily Mail

No comments: