Friday, 24 July 2015

BILA TERLALU GHAIRAH INI LAH JADINYA..!!!






Keghairahan masyarakat hari ini 
berkongsi sebahagian kehidupan 
peribadi mereka melalui status-status 
di laman media sosial perlu ditapis 
dengan tindakan lebih berhati-hati.

Menurut pensyarah di Fakulti Pendidikan 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof 
Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed 
Mansor Al-Habshi berkata, budaya gemar 
memuat naik status dalam apa jua perbuatan 
ini didorong naluri manusia yang gemar 
berkongsi cerita.

Menurutnya, gejala yang semakin menular 
dalam kalangan masyarakat pada masa kini 
disebabkan mereka suka berkongsi sesuatu 
perkara tanpa mereka ketahui betapa batasan 
perkara itu telah merebak dan ada kalanya 
disalah erti sesetengah pihak hingga 
menjadi viral termasuk perkara remeh.

“Pada asalnya mungkin mereka berniat 
untuk berkongsi apa jua yang dilakukan 
tidak kiralah ke mana lokasi mereka pergi, 
tempat mereka makan atau apa sekalipun 
jua yang sedang dilakukan dan kesemua
nya berasas pada perasaan, fikiran dan 
perbuatan.

“Namun, dalam hal media sosial ini boleh 
dikira lebih kepada soal perasaan. Mungkin 
mereka berasakan sukar untuk pergi ke satu
-satu tempat itu atau sukar untuk makan 
makanan tersebut, jadi mereka muat naik 
lokasi percutian mereka serta juadah yang 
dijamu atau sebagainya.

“Jadi, mereka juga mungkin terlupa atau 
tidak perasan atau itu semua bukannya 
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Ini kerana 
mungkin memberi kesan kepada sesetengah 
individu hingga menghiris perasaan mereka 
yang tidak memilikinya,” katanya.

Syed Mohamed Shafeq berkata, setiap 
individu mempunyai pandangan positif 
atau negatif dalam mentafsir apa jua perkara 
yang dimuatnaik dalam laman media sosial 
ini.

“Ada benda individu itu boleh ceritakan, 
ada benda saya kira tidak patut diceritakan. 
Kadang-kala kita mungkin berpendapat 
hanya sebarkan satu-satu perkara itu dalam 
kalangan kumpulan kita sahaja, namun 
siapa tahu ia disebarkan ke ruang yang 
lebih luas di luar pengetahuan kita atas 
sebab tertentu.

“Sekarang ini ramai tidak perasan banyak 
pihak terlalu ghairah iaitu salah satu bentuk 
perbuatan sehingga menutup fikiran mereka
 untuk turut lakukan perkara yang sama 
(muat naik status) dan mungkin mewujudkan 
rasa alpa atau lalai.

“Misalnya pada satu gambar sahaja kini 
yang dimuat naik memberi makna yang 
pelbagai. Masing-masing mempunyai 
tafsiran yang tersendiri. Kita pula sebagai 
penerima tidak boleh hentikan orang 
berfikiran negatif,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan agar 
pengguna media sosial lebih berhati-hati 
tatkala menggunakan kemudahan media 
pada era globalisasi serta tidak memuat 
status yang tidak sepatutnya hingga 
memudaratkan diri.

“Saya telah nyatakan tadi bahawa naluri 
manusia sememangnya suka berkongsi 
cerita kerana perasaan seronok mereka 
itu atas satu-satu perkara yang dilakukan. 
Tetapi, terpulang pada individu lain untuk 
menerima rasionaliti dan pemikiran mereka 
sama ada positif atau sebaliknya.

“Kalau boleh janganlah sampai menyusah
kan orang lain. Fikir sebaik-baiknya sebelum 
melakukan sesuatu perkara itu. Sekarang ini 
sudah ada kumpulan ‘whassup’, dari sudut 
positifnya, kita dapat merapatkan hubungan 
sesama kita dengan berkongsi pendapat.

“Namun, perlu diingatkan supaya setiap 
ahli dalam kumpulan ‘whassup’ itu 
bertanggungjawab dan menjaga etika 
sebagai kawan serta tidak menyebarkan 
satu-satu perkara yang tidak pasti itu 
kepada kumpulan atau pihak yang lain.

“Pembaca perlulah mengelak menjadi 
penyebar berita kecuali perkara itu telah 
benar-benar sahih seperti telah keluar di 
berita atau sebagainya. Alangkah malu
nya jika berita itu tidak benar menyebab
kan terhakisnya kepercayaan rakan 
kepada kita,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

ini mesti agenda jahat lim anak beranak dan dap