Monday, 20 July 2015

DS NAJIB TERFITNAH! TERANIAYA! DOA ORANG TERANIAYA SANGAT MAKBUL!!!


Saya tahu apa yang anda fikirkan. 

Menyedihkan. Bagaimana rakyat Malaysia yang berfikiran dengan betul, yang menyayangi negaranya, hendak mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan? 

Terdapat persetujuan yang universal, yang berada di luar koridor kuasa, yang mahukan Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan digantikan dengan mana-mana pemimpin yang disukai buat masa sekarang.

Dengan menganggap, dan bukan mengakui, bahawa segala yang tuduhan yang dilemparkan kepada Najib adalah benar, terdapat beberapa lagi alasan yang kukuh mengapa Najib patut kekal sebagai Perdana Menteri, yang saya fikir akan dapat diterima oleh kedua-dua puak politik di Malaysia.

1) Adakah pengganti Najib lebih baik dari Najib?

Dengan menganggap kesemua tuduhan ke atas Najib adalah benar, dan beliau benar-benar meletak jawatan, siapakah yang akan menggantikan beliau? 

Sebagaimana kita mendengar khabar angin yang Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah disebut-disebut sebagai pemimpin sementara kerajaan, kita perlu faham bahawa mana-mana pemimpin yang memimpin kerajaan mestilah mempunyai sokongan akar umbi UMNO.

Walaupun secara teknikalnya PM hanya perlu sokongan dari Dewan Rakyat, secara realistiknya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh sejarah, sebarang peralihan kuasa pada peringkat persekutuan hanya boleh berlaku sekiranya ianya berlaku di dalam UMNO terlebih dahulu. 

Dengan pilihanraya umum seterusnya dijangka akan diadakan pada tahun 2018, kita boleh mengenepikan peluang pembangkang untuk mengambialih kerajaan sehingga ke pilihanraya umum yang seterusnya.

Maka, hanya pemimpin parti yang mempunyai sokongan panglima perang dan akar umbi di dalam UMNO yang mampu menggantikan Najib. Malangnya, ia akan menghapuskan pilihan ideal untuk menjadi PM kerana mereka tidak mempunyai sokongan meluas di dalam UMNO yang boleh menyaingi Najib. 

Akhirnya, pilihan yang kita adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak ada seorang pun dari calon Perdana Menteri ini mampu memberikan keyakinan kerana, mereka merupakan ahli kabinet dan dianggap sebagai turut bertanggungjawab terhadap penyeliaan 1MDB. 

Boleh atau tidak kita mempercayai dan melantik orang yang sama-sama terlibat dalam membuat keputusan berkenaan 1MDB merupakan satu langkah yang lebih baik berbanding ketika Najib menjadi Perdana Menteri?

Lagipun, tiada seorang pun mempunyai keinginan untuk menumbangkan Perdana Menteri. Dan ini menyebabkan kita kembali kepada kedudukan asal. 

Akan adakah seseorang yang mampu mengambilalih dan adakah individu tersebut lebih baik dari kepimpinan sekarang?

2) Jika kita gantikan Najib dengan pemimpin UMNO yang lebih baik, bukankah itu akan menjejaskan peluang pembangkang di PRU 14?

Selain dari Tun Mahathir, suara paling lantang menuntut Najib meletak jawatan turut datang dari pembangkang dan penyokong mereka. 

Pelik. Ia akan menjadi lebih baik sekiranya hanya membiarkan BN berada pada posisi yang paling lemah menjelang PRU 14? 

Dengan menganggap Najib merupakan bebanan, yang pembangkang yakin mengenainya, bukankah itu akan mendatangkan faedah kepada pembangkang jika mereka terus membiarkan Najib berkuasa, terus melawan pencabarnya dan Tun Mahathir, dan orang ramai terus-terusan hilang kepercayaan kepada kerajaan?

Tidak berapa lama dulu, pihak pembangkang mengalami kekalahan pilihanraya yang paling teruk apabila Tun Abdullah Badawi telah menjadi wira yang menggantikan Mahathir. 

Penyokong BN memperolehi semangat baru, telah keluar beramai-ramai, yang di atas pagar pun memberikan kepercayaan kepada pentadbiran Abdullah dan akhirnya BN menang 198 kerusi dan pembangkang menang 20 kerusi.

Dengan pihak pembangkang sendiri telah dilemahkan dengan tindakan PAS keluar dari Pakatan, perkara yang semestinya ingin dielakkan mereka adalah BN kembali mengumpul kekuatan di bawah pimpinan baru. 

Jadi, jika anda percaya BN perlu disingkirkan, maka pentadbiran Najib ini akan terus wujud sehingga PRU 14.

3) Tetapi kita tidak boleh mengambil risiko membiarkan Najib terus merosakkan negara menjelang 2018?

Sebenarnya, ekonomi negara kita tidaklah seteruk yang dijangkakan. Ada beberapa fakta berkenaan ekonomi kita yang mungkin akan mengejutkan anda semua.

Di antara 2009 dan 2014, Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar tumbuh sebanyak 4.77%. Dalam 5 tahun ini, pertumbuhan pelaburan tahunan adalah 2.5 kali ganda lebih dari tahun-tahun sebenarnya. 

Hutang awam berada pada paras 53% dari GDP yang sangat rendah berbanding negara-negara lain, seperti US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura. 

Kita telah menghapuskan kemiskinan tegar dan memansuhkan beberapa polisi yang berasaskan kaum. Malah, pada tahun 2014, Pemandu telah dipilih antara 20 pasukan inovasi kerajaan terbaik pada peringkat global oleh Nesta, iaitu satu badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies.

Semestinya, keadaan boleh bertambah baik. Tetapi, asalkan Pemandu terus menghasilkan keputusan yang cemerlang, kita akan dapat menghadapi segala cabaran menjelang PRU14.

Dengan mengambilkira perkembangan semasa, nampaknya Najib akan mampu untuk terus berkuasa dan mengukuhkan kepimpinannya sebagai penyandang dan kuasa yang dimilikinya sebagai ketua kerajaan dengan sistem periksa dan imbang yang lemah. Walaubagaimanapun itu mungkin, mungkin, bukanlah perkara yang benar-benar buruk.
Najib kekal berkuasa mungkin adalah satu dorongan yang diperlukan rakyat Malaysia untuk mengundi untuk Malaysia yang lebih baik.

No comments: