Monday, 27 July 2015

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tak Layak Jadi Panglima Perang???




Pihak kami menerima satu tulisan 

yang dikatakan surat terbuka kepada 
Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin 
Yasin. Tulisan tersebut difahamkan 
berikutan ucapan Muhyidin yang 
dianggap menyerang kepimpinan 
Perdana Menteri semasa perasmian 
UMNO Bahagian Cheras semalam.

Penulis tersebut melabelkan ucapan 

Muhyidin di majlis tersebut sebagai 
berstatus pengkhianat orang melayu. 
Ini kerana menurut penulis itu, 
Muhyidin sengaja menghasut ahli-
ahli UMNO agar meragui keupayaan 
parti serta Perdana Menteri didalam 
menangani persepsi dalam isu 1MDB.

Dibawah ini adalah kandungan tulisan 

individu tersebut yang menamakan 
dirinya sebagai Amin Yatim. 



Assalamualakum Tan Sri Muhyiddin,

Malam tadi mengesahkan bahawa 

Tan Sri ialah seorang Timbalan 
Presiden UMNO yang berstatus 
pengkhianat kepada orang Melayu, 
parti UMNO dan para sahabat.

Tidak, saya tidak bercakap mengenai 

skandal tanah di Johor atau skandal 
Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap 
soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan 
UMNO Bahagian Cheras malam tadi.

Tan Sri bukan sahaja memburukkan 

Presiden parti, mempertikaikan cara 
kabinet menanganinya, malah mendedah
kan perbualan Tan Sri dengan rakan 
kabinet lain. Tan Sri sungguhpun 
secara berlapik, tapi jelas membawa 
maksud 1 Malaysia Development Berhad 
(1MDB) ini satu skandal besar.

Tan Sri juga menyatakan jika pilihan 

raya diadakan hari ini, Barisan 
Nasional akan kalah.

Tan Sri, apabila kita datang merasmikan 

UMNO bahagian, kita mahukan UMNO 
Bahagian yang bersemangat waja, 
bersatu dan bersedia berhadapan pilihan 
raya pada bila-bila masa. 

Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu 
bertanding jawatan Presiden UMNO atau 
mahu menjahanamkan UMNO.

Jika ikhlas dalam perjuangan sudah 

tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini 
kita biarkan pihak berkenaan menyiasat 
mencari kebenaran dan keadilan kerana 
ia membabitkan isu yang besar dan 
kompleks.

Malangnya, Tan Sri memilih untuk 

membelasah Presiden kerana mahu 
menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada 
kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.

Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis 

Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan 
untuk menunda pemilihan UMNO 2016. 
Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah 
dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju 
ditangguhkan pemilihan UMNO? 

Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta 
diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri 
dapat bertanding dan membersihkan 
UMNO?

Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju 

menangguhkan pemilihan UMNO 2016 
yang sepatutnya dijadikan medan 
membersihkan parti jika benar ia sudah 
teruk seperti yang didakwa. Tan Sri 
tidak pentingkan orang Melayu tetapi 
kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat 
kepada orang Melayu di bawah.

Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat 

UMNO dan mendakwa kita tidak boleh 
menang pilihan raya Umum jika diada
kan hari ini. Panglima perang apa yang 
mengumumkan kepada orang ramai 
dan bala tentera sendiri bahawa tidak 
akan menang perang? Tan Sri khianat 
parti UMNO dan Nasional.

Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri 

khianat kepada orang Melayu, parti 
UMNO, Kerajaan Malaysia dan para 
sahabat.

Ikhlas
Amin Yatim

No comments: