Monday, 20 July 2015

TIADA HUBUNGAN KELAMIN DI MALAM PERTAMA!!!


5 SEBAB TIADA HUBUNGAN KELAMIN 
DI MALAM PERTAMA SELEPAS BERNIKAH.

Di Malaysia, istilah malam pertama sudah 
semestinya tidak asing lagi. Malam pertama 
adalah sebuah istilah di mana pasangan 
suami dan isteri yang baru bernikah 
melakukan hubungan seks untuk pertama 
kalinya setelah bergelar suami isteri yang 
sah. 

Namun apa yang sebenarnya yang berlaku, 
ramai diantara pasangan yang sudah bernikah 
tidak melakukan hubungan seks di malam 
pertama. 

Ketahui 5 sebab tiada hubungan seks di malam 
pertama selepas bernikah dengan meneruskan 
bacaan anda.

1. Terlalu Penat

Majlis perkahwinan sudah semestinya 
menghabiskan banyak tenaga. Pengantin 
terpaksa bangun seawal pagi untuk disolek 
dan melakukan pelbagai perkara hingga 
majlis perkahwinan berlangsung.

2. Pengantin Wanita Bad Mood

Ada juga alasan lucu iaitu mood pengantin 
wanita terganggu ketika majlis perkahwinan. 
Suami berlawak dengan mengatakan makeup 
yang dikenakan tidak sesuai dan cuaca majlis 
terlalu panas mampu membuatkan mood 
pengantin wanita terganggu.

3. Simpan Untuk Bulan Madu

Sebab lain tiada hubungan seks di malam 
pertama adalah ingin melakukan hubungan 
seks ketika berbulan madu. Jika dilaku dirumah 
selepas majlis perkahwinan, pasti suasana masih 
sibuk dan tidak selesa. Oleh sebab itulah, 
ramai memilih untuk melakukan hubungan seks 
ketika berbulan madu.

4. Keluarga Ajak Berbual

Majlis perkahwian pasti dihadiri ramai ahli 
keluarga terutamanya keluarga yang sudah 
lama tidak berjumpa. Oleh yang demikian, 
ahli keluarga ini bersuai kenal dengan pengantin 
baru dan memberikan sedikit nasihat disamping 
berbual hingga larut malam. Kesannya, pengantin 
berasa penat dan terpaksa menunda hubungan 
seks di malam pertama.

5. Majlis Perkahwinan Yang Lama

Kalau dulu, majlis perkahwinan hanya dijalankan 
sehari sahaja. Namun sekarang, majlis perkahwinan 
dilakukan lebih dari sehari. Ada yang melakukan 
majlis perkahwinan selama 3 hari berturut-turut 
dengan pelbagai adat dilakukan-sembang-sembang.

No comments: