Sunday, 5 July 2015

ALVIN TAN BUKAN SAHAJA BODOH TAPI VANGANG TERLAMPAU!

Baca lah bagi terbuka sikit minda tu.
Panjang but it is interesting.




Maaf kalau artikel ini agak panjang, aku terpaksa cakap panjang2 ni sebab aku risau, sebab aku rasa bukan dia sahaja yang membuat kesimpulan macam ni. Aku rasa ramai lagi orang bukan Melayu di Malaysia ni yang tersalah faham dan tersalah tafsir dengan Sejarah Malaysia sehingga buat kesimpulan yang salah macam ini. 
Punca utama adalah, beliau tak dapat bezakan zaman Pra-Kolonial dan Post-Kolonial. Pemahaman tentang kesan Kolonial/Imperial/Penjajahan adalah amat penting untuk kita memahami apa yang berlaku sebenarnya.
Sekarang ni cuba bayangkan jika penjajah barat itu takde, katakan kawasan South East Asia ni tak pernah di jajah oleh British, Belanda atau Sepanyol. Maka kamu akan lihat didalam peta moden bahawa negara2 seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina, kesemuanya berada dalam satu negara seperti negera besar China. 
Ya, mengapa aku sebut negara China? sebab itu contoh terbaik untuk aku buat perbandingan supaya kau orang faham apa yang berlaku sebenarnya. Ini kerana hakikat bahawa semua kawasan negara2 South East Asia yg aku sebutkan tadi sebenarnya adalah dalam satu kelompok bangsa yg besar yg disebut sebagai Bani Jawi. 
Apakah itu Bani Jawi? Term ini sudah wujud/dikesan dan digunakan oleh orang2 Arab bagi merujuk orang2 di kawasan 'Belah Sini' (South East Asia) sejak zaman Islam mula berkembang lagi, iaitu sekitar tahun 600 a.d.
Nanti dulu, kenapakah kita bergantung kepada orang luar (Arab) untuk merujuk diri kita? Well, actually orang China sendiri pun tak panggil diri mereka itu 'Cina', yang panggil diri mereka itu Cina adalah orang bukan Cina yang terpaksa membezakan 'kaum aku' dan 'kaum engkau'. 
Yang panggil mereka Cina itu adalah Marco Polo, orang2 barat yang lain, orang2 Melayu, orang Jepun, dan sebagainya yang cuba memanggil orang2 yang duduk dikawasan itu harus dipanggil apa. Malah tiada bangsa atau bahasa yang bernama 'Cina'. Yang adanya adalah Bangsa/Bahasa Fuchow, Teo Chew, Hakka, Hokkien, Canton, dan lain2.
Kalau nak diikutkan, mana ada Bahasa bernama bahasa 'Cina', yang adanya adalah Bahasa Mandarin bagi menyatukan tanah besar China dan kaum2 yang ada dikawasan ini. Mereka semua cakap lain2, lihat lah sendiri betapa bezanya Bahasa Cantonese dan Bahasa Hokkien, sangat2 berbeza sekali, ibarat ayam bercakap dgn itik. 
Maka Bahasa Mandarin telah diperkenalkan oleh Raja China, ianya dipilih daripada satu kaum yang bercakap dalam Bahasa ini, tapi bahasa ini belum complete dan kemudiannya bahasa ini di campurkan dan dikayakan dengan Bahasa2 lain yang ada di negara China, sehinggalah ianya matang untuk digunakan oleh semua kaum yang ada di China. Maka jadilah Bahasa Mandarin sebagai Lingua Franca di Tanah Besar China.
'China' itu menjadi Identiti Universal bagi kaum2 Hakka, Hokkian, Fuchow, Canton, Teo Chew dan lain2 apabila mereka memperkenalkan diri mereka kepada kaum luar. Bila ditanya kamu ni orang apa? Asal dari mana? mereka akan kata mereka orang China, asal daripada China, Tak pulak mereka kata mereka Orang Hokkien, melainkan kamu tanya dia lebih dalam, maka dia akan explain, "Oh, saya Cina Hokkien". Faham tak setakat ni?
Nah, sekarang ni, untuk memahami kat mana boleh kelirunya tentang Melayu ni. Katakan Negara China itu mengalami nasib yang sama seperti di South East Asia (S.E.A), katakan kawasan2 yg didiami oleh orang Hokkien telah dijajah oleh orang Belanda, sementara kawasan orang2 Fuchow telah dijajah oleh Portugis, kawasan orang2 Canton dijajah oleh orang British, maka kamu akan dapati peta negara China selepas Perang Dunia kedua tamat pasti tak sama dgn Peta negara China pada hari ini. Kamu akan dapati ada negara bernama Fuchow, kemudian ada Negara bernama Hokkien, ada negara bernama Teo Chew dan sebagainya.
Tak percaya? lihat sendiri 2 buah pulau China yg telah dijajah oleh penjajah barat. Pulau Hong Kong yg dijajah British, dan Pulau Macau yg dijajah oleh penjajah Portugis. Pulau Hong Kong merupakan sebahagian daripada kawasan orang2 Canton yg telah dijajah oleh British, bermula daripada tahun 1897 sehingga 1997 (100 tahun) petanya terpisah daripada Negara besar China. 
Orang yg lahir di era 1970-an dan era 1980-an, yakni zaman Jackie Chan menganggap Hong Kong adalah 'bukan' negara China, ia adalah negara Hong Kong, sempena nama pulau itu, dan bangsanya pula adalah Canton, mereka bercakap dlm bahasa Cantonese, tak sama dgn negara tanah besar China yg bercakap dlm bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi. 
Bahasa Mandarin bukanlah bahasa Rasmi penduduk 'Negara' Hong Kong. Sekarang ni aku nak bagi anologi, cuba bayangkan kalau British yg menguasai Pulau Hong Kong suatu ketika dulu mengembangkan tanah jajahan mereka? Sudah tentu akan wujud negara yg lebih besar lagi yg dikenali sebagai negara Canton. Anggap shj perjanjian memajak Hong Kong selama 100 tahun tidak wujud supaya kau orang boleh masuk dgn cerita ni.
Kemudian, Selepas beberapa tahun negara 'Canton' megah, kaya dan maju, maka ramailah yg berpusu2 datang berhijrah ke negara tersebut. Banyak orang Bangla datang dan bekerja di negara 'Canton' ini, saban tahun, makin ramai pulak mat2 Bangla yg buat settlement di negara Canton ini. 
Selepas beberapa lama, British telah memerdekakan negara Canton ini, maka wujudlah kerajaan yg baru. Tapi government Canton yg baru ni baik sikit, mereka terima orang2 Bangla ini sebagai warganegara secara Jus Soli selepas British bagi merdeka. 
Orang berbangsa Canton janji bagi kerakyatan kepada kaum Bangla, asalkan mereka memahami konsep 'Ketuanan orang2 Canton' sebagai orang asal kawasan tersebut, yg mana budaya Canton akan dipelihara, dan kaum Bangla tidak patut mempertikaikan budaya kaum Canton. 
Maka jadilah negara Canton terdiri drpd pelbagai bangsa dgn dua Bangsa besar mereka adalah kaum Canton itu sendiri dan kaum Bangla sebagai kaum kedua terbesar, diikuti oleh bangsa2 lain.
50 tahun kemudian, jeng3, maka kaum Bangla ni pulak buat hal. Mereka cuba menidakkan @ menafikan konsep 'Ketuanan kaum Canton' dengan mendakwa bahawa, dulu nya kalau ikut sejarah, kawasan Canton ni takde orang, mungkin ada orang Asli disitu, kemudian seorang Raja dari negara 'China' di Utara telah berhijrah ke kawasan ini, bawa orang2nya memenuhi kawasan ini, dan membuka negeri Canton. 
Maka 'Tanah' ini sebenarnya bukan lah milik Kaum Canton sbb kaum Canton juga adalah kaum 'Pendatang' seperti kami juga orang2 Bangla yg datang drpd Bangladesh. Apa bezanya kamu dgn kami? Kita semua adalah 'Pendatang' sebenarnya, oii . . . belajarlah sejarah kamu, kaum kamu sebenarnya datang dari negara China kan?- kata seorang mat Bangla yg ingin dikenali sebagai Alvin.
Korang nampak tak kebodohan kat sini??? Orang Canton tu orang Cina la jugak. Sama jugak dgn Melayu, Jawa, Minang, Acheh, Banjar, Sulu, Patani, Bugis, ini semua merujuk kepada Bani Jawi, yakni orang2 di sebelah sini di S.E.A.
Sedikit salah faham oleh saudara Alvin Tan , beliau menganggap bahawa Parameswara adalah orang Jawa. SALAH, kaum/Etnik Parameswara adalah kaum Melayu, bukannya etnik Jawa, beliau berasal dprd Palembang, Sumatera, kawasan Palembang didiami oleh etnik Melayu, SAMA dgn di Semenanjung Tanah Melayu juga, walaupun Palembang hari ini berada dalam sempadan Indonesia disebabkan peranan Penjajah Belanda, tetapi cubalah pergi ke Palembang, tanyalah nama etnik mereka, nescaya mereka akan kata Melayu, cakap pun bahasa Melayu, bukannya bahasa Jawa. 
Zaman Parameswara mana ada Indonesia atau Malaysia, garisan2 itu semua dilukis oleh British dan Belanda bagi membezakan 'jajahan engkau' dan 'jajahan aku', Parameswara bukannya berasal drpd Pulau Jawa yg majoritinya kaum Jawa dan Betawi, beliau berbangsa Melayu Sumatera. 
Actually kalau Parameswara berbangsa Jawa sekalipun, itu takde masalah, sbb Jawa itu juga adalah Bani Jawi, ini sama mcm aku katakan bahawa Orang Hokkien itu juga orang China, jadi takde masalah la kalau mereka yg menguasai kawasan Canton dan menjadi raja di negara Canton, negara rekaan fantasi aku tadi. Ko faham tak konsep yg aku cuba sampai kan ni?
Jangan cuba putar belit sejarah. Itu kau bawa keluar cerita Parameswara datang ke Tanah Melayu tahun 1400, ko nak ckp yg orang Melayu ni semuanya dtg daripada Indonesia, tapi mcm mana kau nak explain kerajaan Terengganu dan Batu bersurat bertarikh 1300 a.d? itu tak cukup lama? Macam mana kau nak explain kerajaan Kedah tua trace back tahun 1000 a.d iaitu kerajaan Langkasuka? Merong Mahawangsa yang mengasaskan Kerajaan Langkasuka iaitu punca kerajaan Kedah hari ini beliau datang daripada mana pulak?

No comments: