Sunday, 26 July 2015

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Yang Perlu Difahami Wanita!!!



Merajuk sinonim dangan kaum perempuan. 
Kononya, sikap merajuk hanya dimiliki 
oleh kaum perempuan yang hatinya lebih 
mudah terguris dan tersentuh. Ada yang 
kata lelaki tak pernah merajuk kerana lelaki 
merajuk tidak macho dan kurang kejantanan
nya. Benarkah?

Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, 
kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. 
Malah dikatakan orang lelaki kalau merajuk lagi 
teruk penangannya. Lagi buruk rupanya. Wanita 
merajuk mungkin kerana ingin dimanja dan 
menguji kasih sayang pasangan terhadap 
dirinya.

Manakala, lelaki pula merajuk kerana  merasa 
kurang puas hati atau marah tetapi perasaan 
itu tidak diluahkan dan dipendamkan sahaja.

Tedapat pelbagai cara untuk memujuk lelaki 
yang merajuk. Terpulang pada anda untuk memujuk 
dengan cara yang bagaimana. Salah satu daripada
nya dengan mengambil hatinya dan melakukan 
apa yang disukainya.

Tapi jika sudah pelbagai cara anda gunakan dan 
dia masih merajuk dengan anda, cara terbaik 
adalah dengan membiarkan dia melayan 
perasaannya. 

Bukan semua orang merajuk suka dipujuk. Ada 
kalanya orang merajuk perlu dibiarkan 
bersendirian dan dia akan kembali normal 
selepas sehari dua.

Tanda-tanda merajuk

1. Buat Tak Tahu. 

Ini merupakan cara protes paling teruk kerana 
anda akan berasa geram dan sakit hati dengan 
perbuatannya. Si dia hanya akan buat acuh tidak 
acuh dengan dengan segala perbuatan dan 
percakapan anda, seolah-olah anda tidak berada 
dihadapannya. Dia mungkin akan melakukan apa 
yang anda minta tapi semuanya hanya sekadar 
melepaskan batuk di tangga. Atau lebih teruk 
lagi, dia akan buat-buat tak dengar apa yang 
anda katakan padanya.

2. Diam. 

Sepanjang bersama anda, dia hanya akan 
mendiamkan diri dan tidak berbual seperti 
biasa. Dia tidak akan sesekali bersuara walau
pun anda bercakap dengannya. Sekadar 
mengangguk atau menggelengkan kepalanya 
sahaja. Jika ini berlaku, memang sahih dia 
sedang merajuk dengan anda.

3. Serius Dan Muka Masam. 

Satu lagi petanda dia sedang merajuk ialah 
dia bersikap serius apabila berhadapan dengan 
anda. Kalau biasanya dia gemar mengusik atau 
menyakat anda, tapi apabila merajuk semuanya 
berubah. Tambah menyakitkan hati apabila, 
dia menarik muka apabila melihat kelibat anda.

4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu. 

Kalau dia bertindak keluar rumah melulu 
tanpa memberitahu anda seperti kelazimanya, 
dia mungkin sedang merajuk dengan anda. Dia 
bertindak sedemikian kerana ingin menunjuk 
protes. Anda pula jangan mendesaknya untuk 
menjawab pertanyaan kerana pasti dia hanya 
akan buat tidak tahu sahaja.

5. Tutup Telefon Bimbit

Tutup telefon bimbit merupakan satu tabiat 
lelaki apabila dia tidak mahu diganggu. Itu 
juga petanda dia tidak suka diganggu di saat 
perasaanya sedang terganggu atau marah. 
Jestru, bagi mengelakkan gangguan anda, 
dia akan menutup telefon bimbitnya. Sebabnya, 
mudah. Dia tidak mahu mendengar suara anda 
kerana khuatir marahnya tidak akan hilang 
dan ingin mencari ketenangan.

6. Tak Mahu Makan Bersama. 

Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu 
berjumpa dan bertentang mata dengan 
pasangannya. Anda akan tahu jika dia 
menolak untuk berjumpa dan makan 
bersama anda dengan memberikan 
pelbagai alasan. Antaranya, tiada selera, 
kenyang dan sebagainya. Tapi sebaik 
sahaja selesai makan, dia terus makan. 
Geram, kan!

7. Baca Tanpa Henti. 

Membaca surat khabar antara tabiat orang 
lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca 
akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca 
surat khabar yang sama berulang kali tanpa 
sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram atau 
ada perkara tertentu yang mengganggu dirinya 
pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih 
lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam 
tanpa memperdulikan diri anda.

8. Menonton Sehingga Larut Malam. 

Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia 
sedang merajuk dengan anda ialah si dia akan 
menonton televisyen sehingga larut malam 
walaupun rancangan tersebut bukan siri 
kesukaanya. 

Pandangannya mungkin terarah ke kaca 
televesyen tapi hati dan fikiranya mungkin 
menerawang ke tempat lain. Anda perlu 
peka jika dia bersikap seumpama ini.

No comments: