Monday 6 July 2015

WAJAH SI KITOL HAMBA TEBUS RAJA MENDALIAR TELAH TERSERLAH!!!



Tidak ada lagi yang yang lebih jelas 
daripada ini siapakah dalang sebenar 
di belakang serangan oleh Sarawak 
Report. 

Politikus UMNO yang juga bekas 
pemimpin peringkat Bahagian yang 
sebelum ini diisytiharkan muflis 
Datuk Khairuddin Abu Hassan dan 
sejak kebelakangan ini menjadi 
penyokong terkuat Tun Mahathir, 
dikhabarkan minggu lepas telah 
terbang ke London minggu untuk 
bertemu Pn Claire Brown, pemilik 
Sarawak Report. 

Sebagai warga muflis yang secara 
automatik tidak dibenarkan keluar 
negara, sudah pasti menimbulkan 
tanda tanya dari mana beliau mampu 
untuk membebaskan dirinya sebagai 
warga bankrap sehingga boleh 
melakukan perjalanan ke luar negara 
lagi. 

Mungkin kenyataan WSJ, Ken Brown 
yang berkata dalam satu wawancara 
bahawa mereka mendapat dokumen 
mereka dari sumber yang tidak dikenali 
yang boleh dipercayai dengan mendakwa 
RM2.6bilion telah dimasukkan dalam 
akuan persendirian milik Najib sambil 
berkata memiliki beberapa dokumen 
baharu bakal dibongkar dalam artikel 
beliau seterusnya. 

Disini jelas sangkaan dan tuduhan Najib 
tepat dan berasas dalam satu kenyataan 
hari ini yang berkata beliau percaya bahawa 
Tun M adalah dalang sebenar di belakang 
semua serangan media asing baru-baru ini 
terhadap dirinya. 

Walaupun tidak konklusif, namun foto ini 
sebanyak sedikit mencuit minda untuk 
menerima sebagai salah satu pentunjuk 
jelas dan berfakta betapa kata-kata Najib 
awal hari ini mempunyai asas yang kukuh. 

Sebagai PM dan mengawal serta 
mempunyai akses perisikan domestik, 
secara logik ikut hukum akal sudah pasti 
dia mempunyai bukti yang cukup untuk 
mengatakan siapa yang menjadi dalang 
serangan dengan menggunakan media 
asing. 

Yang menyedihkan ada rakyat Malaysia 
sanggup berkomplot dengan media asing 
yang kita sentiasa mencurigai dan tahu 
agenda tersembunyi mereka selama ini. 

Peliknya Tun Mahathir pernah suatu 
ketika dahulu ketika Anwar Ibrahim 
menggunakan media asing untuk 
menyerang kepimpinannya menasihati 
rakyat agar sentiasa berhati-hati dan 
ada sifat curiga segala bentuk bantuan 
yang mau diberikan oleh media-media 
asing ini. 

Kini beliau kelihatan sudah menjilat 
balik kahak pekat hijaunya itu .. sanggup 
menjilat demi memuaskan agenda balas 
dendam kesumatnya. 

Amaran dan peringatan Tun Mahathir 
tidak mungkin dapat rakyat melupakan 
begitu sahaja. 

Harus diingatkan ... bantuan media asing 
biasanya datang dengan harga yang tinggi 
kepada negara kita-utaranews.

1 comment:

Anonymous said...

Tergamak besekongkol dengan pemakan babi menjatuhkan sesama Islam....