Sunday 12 July 2015

MEMANG MELAYU SELALU KENA TIPU!!!BILA BERTINDAK SELALU MASUK KE DALAM SITU!!!




Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.

"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."


Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," memetik laporan dari Astro Awani.

Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000.

— Siakapkeli.my

Gambar-Gambar Pergaduhan di Plaza Lowyat























Sumber gambar: Oh Media!

No comments: