Tuesday 21 July 2015

PENGURUSAN KEWANGAN KENA BIJAK!!!

Tiba-tiba sebuah kereta Porsche Macan masuk ke halaman rumah. Keluar seorang lelaki bersama ibunya terus menuju ke pintu depan.
Dalam hati, dia ini bukan orang biasa2. Dengan berbaju Ralph Lauren purple label dan berkasut LV aku syak ini pasti seorang bisnesman yg hebat.

Tangan dihulur, salam disambut... Selepas bersalam, makcik aku membawa ibunya ke dapur. Kami duduk di ruang tamu.

"Abang dari mana tadi"... Sanggah aku sebagai mula bicara.

"Lepas ke kubur ayah, abg terus datang ke sini"... Balas beliau...

"Ooo... Biasa raya pertama pergi kubur, ni dah raya kedua" kata aku sambil mata mengilas memandang kearah jam tangan Omega De Ville milik beliau.

"Cantik jam... Mesti mahal ni" aku cuba berseloroh untuk tahu harga jam tersebut. Sebab dah lama aku minat jam itu..huhu

"Oh! X mahal sgt, abg beli dlm 20k je" ...

"Ya ke!!!" Terdesak air teh panas yg baru aku nak teguk...

Dengar jawapan tu, aku semakin galak nak korek rahsia dia. Aku tahu dia bukan biasa2.

"Abg kerja petronas ke? Kerja offshore"

"X ada la" jawab beliau sambil gelak halus2 gitu...

Aku x puas hati dengan jawapan beliau... Aku tanya lagi...

"Maaf abg, sy tgk gaya abg mcm mewah je, abg kerja apa?"

Sambil menghabiskan tapai dalam mulut, beliau pun bercerita mengenai kisahnya...

"Abg fulltime buat bisnes. Buat masa ini abg ada 12 company"

"Ooo.. Patut la nampak kaya, ada 12 company!" Spontan jawab aku sebab teruja dgr ada 12 company.

"Habis agak2 berapa gaji abg skg?"
Tanya aku lagi. Walaupun nampak x sopan sebab org datang beraya tapi aku sibuk tanya gaji dia.. Hahaha

"Sikit je.. Dlm 5 ribu macam tu la" jawab beliau dgn slumber.

Aku x percaya. Dengan gaji 5 ribu boleh pakai porsche siap pakaian berjenama lagi. Tu tak tanya lagi rumah dia kat mana. Berapa tingkat...

Dia nampak aku macam konfius, mungkin dia boleh baca fikiran aku yg musykil terhadap jawapan yg dia berikan.

"Semua yg abg ada sekarang syarikat yg bagi. Abg x ambil gaji banyak sebab nanti kita kena bayar cukai bagi setiap perbelanjaan kita" jawab beliau sambil menaikkan kening belah kanan. Bajet nak buat cool la tu.

"Cukai setiap perbelanjaan? Mcm mana tu abg?" Aku tanya lagi.

Beliau minta pen dan kertas. Dan tunjukkan gambar rajah yg aku pun x faham pada mulanya.

"Ok, ini gaji kita rm15k. Kita akan dikenakan cukai 25% sebelum kita berbelanja. Duit ini kita bagi kat emak, kita baiki kereta, kita buat makan minum... Semuanya dikenakan cukai. Drp 15k, kita dpt hanya 11k sahaja. " terang beliau sambil tangan menconteng-conteng atas kerja.

Aku blurrr... Apa kaitan cukai, gaji dan syarikat pula?

"Cukai syarikat pula berbeza. Ia dikira SELEPAS perbelanjaan. Kalau ada untung baru dikenakan cukai. Jadi perbelanjaan seharian kita, biarlah syarikat bayar. Sebab ia x dikenakan cukai" jelas beliau dengan panjang lebar.

Baru aku faham. Sikit2 la.

"Habis macam mana abg boleh buat sampai 12 syarikat?" Tanya aku dgn ghairahnya.. huhu

"Abg bermula dgn 1 syarikat shj. Kita guna konsep money makes money. Lebihan duit dari syarikat itu abg buat syarikat baru. Invest duit dlm syarikat baru. Duit laburan dari syarikat tak dikenakan cukai tapi sebaliknya jika kita guna duit simpanan rugilah sebab kena tax. Lagipun abg x ada duit simpanan, sebab gaji kecil sahaja" jelas beliau dalam nada yg sgt berhemah.

Jadi aku faham. Sangat faham. Dengan erti kata lain, beliau gunakan syarikat2 yg ada untuk menampung kehidupan mewahnya tanpa beliau dikenakan cukai yg banyak.

Lagi satu, untuk elak cukai syarikat yg banyak beliau gunakan duit syarikat untuk bina syarikat lain. Sangat bijak!

Sebelum ini aku ada hadir kelas Dr Azizan Osman jadi tahu la sikit2 pasal cukai ini.

Cukai x boleh nak elak tapi ada cara untuk dikurangkan.

Dengan pantas, aku ambil pen dan buku nota & tulis point ini:

1) Ambil gaji kecil sahaja.- untuk kurangkan cukai peribadi
2) Perbelanjaan harian ditampung oleh syarikat. - tak dikenakan cukai

3) keuntungan syarikat, dilaburkan kpd syarikat baru.- dapat rendahkan cukai syarikat
4) Ulang perkara yg sama sehingga ada banyak syarikat

Jadi nak buat apa syarikat2 yg banyak ini?

Buat apa lagi "enjoy yourlife!"
Boleh beli apa jua yg kita impikan selama ni.

Dan aku ingat lagi, sebelum beliau balik...

"Duit x penting tapi dengan duit ia dapat menggembirakan ramai orang"
Kata beliau sambil menghulurkan jemputan kad kahwinnya.

Menurut ibunya, beliau akan berkahwin dengan seorang pramugari air asia... Wah! Untunglah wanita tu... huhuhu

No comments: