Thursday, 9 July 2015
TALKIN UNTUK UMNO,PAS DAN MELAYU !!!
UMNO selalu tidur bab-bab nak tarik pengundi ni.
Rata-rata sekarang ni pemuda-pemudi Melayu
cenderung ke arah pembangkang.
Apa yang Ketua Pemuda, Puteri UMNO dah buat
untuk tarik pengundi-pengundi muda? Apa
perancangan Presiden UMNO tu sendiri untuk
anak-anak muda sekarang nak hadapi zaman
yang lebih mencabar akan datang?
Dengan masalah sosial, pengangguran,
pendidikan yang masih tidak henti-henti,
ditambah dengan kos sara hidup yang kian
meningkat, di mana perancangan untuk
tangani masalah-masalah ini untuk masa
depan anak-anak Melayu khususnya?
Kenapa mereka lebih kepada pembangkang?
Sebab pembangkang dilihat lebih mesra kepada
mereka.Itu aje sebenarnya.
Pembangkang sendri lebih teruk sebab mereka
memang langsung tiada perancangan yang
jelas untuk masa depan Malaysia, hanya untuk
merampas kuasa dan mengkayakan puak-puak
mereka saja seperti yang pemimpin UMNO buat
sekarang.
Untuk itu, sedarlah dan dekatilah anak-anak muda
kita. Mereka hanya mahu rasa didekati dan diberikan
penjelasan yang jelas terhadap perancangan masa
depan Malaysia.
Jika tidak mahu melihat UMNO/BN jatuh di PRU-14
akan datang, bersungguh-sungguhlah mendekati
mereka dari sekarang!
Itu bab orang muda!
Aku pasti. Selepas keputusan PRU 14,
aku dah nampak Lim Guan Eng jadi
Perdana Menteri atau boneka yang
ikut telunjuknya.
Aku boleh bayang Datuk Najib jadi Ketua Pembangkang. Anwar Ibrahim dalam jail.
Haji Hadi bukak pondok di Selatan
Thailand.
Mana tak nya?
Umno berkelahi sesama sendiri.Cah
keting mesti berlaku!Pas pun menerima
nasib yang sama bila Pasma buat kacau!
Mana-mana kerusi 60-40,70-30 orang melayu,Umno dan Pas akan bertanding!
Pasma mesti kacau daun dan turut bertanding.Nampak jelas undi melayu
akan pecah tiga!
Masa ni lah Dap akan ambil kesempatan meletakkan calon melayu. Dah jadi pecah empat pulak undi melayu!
Masa inilah juga semua pengundi bukan melayu undi Dap! Yang sahihnya Dap
yang memenangi kerusi parlimen tersebut!
Inilah yang dikatakan minoriti dalam majoriti!
Dengan kerusi yang sedia ada,Dap akan mendapat tambahan kerusi calon melayu Dap!Dap akan jadi dominan dalam pakatan pembangkang tanpa kehadiran Pas!
Umno dan Pas yang hilang banyak kerusi kerana perbalahan dan persengketaan
sesama sendiri hanya akan terkebil-kebil melihat Pemimpin melayu Dap menjadi Perdana Menteri ke 7.
Mungkinkah Mat Sabu? Atau Samad Said?Atau Sakmongkol AK 47?Berkemungkinan!!!
Dap duduk goyang kaki monitor Perdana Menteri boneka mereka! Dap dan bonekanya itu tahu bahawa kuasa sebenarnya adalah di tangan Pemimpin Dap!!!
Tidak akur dengan kepimpinan Dap maka bersedialah untuk tersungkur pada PRU 15 pulak apabila pengundi cina Dap tak sudi mengundi mereka lagi!
Itulah natijahnya apabila melayu berkelahi sesama sendiri! Itulah akibatnya apabila melayu tak sedar diri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment