Thursday 23 July 2015

Berapa The Age Bayar Untuk Dokumen 1MDB Daripada Justo?

1. Pada Jumaat kebetulan 1Syawal, polis Thailand telah mendedahkan, bahawa seramai 10 individu daripada Malaysia, di mana para individu tersebut termasuk taikon media, ahli politik daripada pembangkang dan Umno juga seorang wanita kelahiran Sarawak telah berjumpa Xavier Andre Justo warga Swiss yang telah dipecat oleh PetroSaudi di Singapura dan Thailand.

2. Ekoran pendedahan Polis Thailand tersebut, semalam The Age Malaysia melalui CEOnya HO Kay Tat telah mengaku telah mendapatkan dokumen yang dicuri Justo daripada bekas majikannya.

3. Umum mengetahui, bahawa berbulan-bulan, The Age dan Malaysian Insider termasuk Sarawak reports telah membuat laporan bersiri berkaitan pelabuaran 1MDB bersama PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion.

4. Pada Isnin, walaupun The Age mengaku, bahawa laporan berkaitan 1MDB merupakan yang terakhir sebelum menyerahkan semua dokumen yang dimilkinya kepada pihak yang berwajib, media kewangan tersebut masih sempat mendakwa bahawa pelaburan 1MDB sebanyak USD1.83 bilion merupakan satu scam yang melibatkan Jho Low bagi mencuri wang daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Sarawak Reports, The Age kemudian diwar-warkan oleh The Malaysian Insider (TMI) telah mereka-reka cerita, bahawa pelabuaran awal 1MDB sebanyak USD1bilion, USD700milion daripadanya telah dipindah ke akaun Good Star di Swiss, di mana akaun tersebut kononnya dikawal oleh Jho Low.

6. Cerita direka menghubungkan Jho Low dengan anak tiri DS Najib Razak Reza Aziz, untuk memalitkan Perdana Menteri.

7. Apabila Justo ditangkap, untuk melengkap cerita berkaitan USD700milion yang dipindahkan ke Good Star, kemudian wang tersebut kononnya berakhir ke akaun Perdana Menteri seperti mana laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai.

8. Kini, dengan pengakuan The Age, maka akan terbongkar, apa kah memang benar seperti mana laporan media itu, atau apa kah dokumen-dokumen tersebut diubah suai atau ditokok tambah? Hanya petugas khas sahaja yang boleh mengesahkannya.

9. Satu pertanyaan, berapa bayaran The Age kepada Justo untuk mendapatkan dokumen tersebut? kerana tidak mungkin warga Swiss itu melepaskan begitu sahaja dokumen tersebut tanpa sebarang bayaran.

10. Oleh kerana The Age telah mengaku, ertinya, giliran Sarawak reports pula, apa kah bakal mengaku telah membayar sejumlah wang? kemudian itu pemimpin Pembangkang khususnya Tony Pua, berapa jumlah kewangan yang bertukar tangan? Dan peranan pemimpin Umno? bagi mendapatkan dokumen tersebut, berapa kah sumbangan pemimpin Umno tersebut? dan Siapa kah Pemimpin itu?

11. Dengan pengakuan The Age, setidak-tidak kini telah terdedah, bahawa dakwaan bahawa wang 1MDB sejumlah USD1.83bilion kononnya telah lesap, sekurang-kurangnya telah terjawab, namun sumber USD700 juta yang dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, apa kah memang berlaku? atau hanya rekaan? Kesahian juga akan ditentukan oleh Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB.

12. Dengan pengakuan The Age tersebut, benarlah anggapan sebelum ini, bahawa ada sindiket yang melibatkan pemimpin dalam negara serta surat khabar luar negara untuk membawa imej buruk kepada Perdana Malaysia dan kemudiannya menghancurkan perekonomian negara.

13. Tidak dinafikan, berikutan laporan bersiri oleh Sarawak Reports, The Age dan The Malaysian Insider, kemudian diwar-warkan oleh portal-portal pembangkang serta para pemimpin pembangkang melalui berbagai perantara media sosial, akhirnya, ringgit menjunam jatuh mendekati krisis kewangan Tahun 1997/1998.

14. Apapun kebenaran akan muncul juga, meskipun pahit permulaannya-apayangtersirat.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah propaganda dan strategi Regimen RBA yang berpaksikan ideologi dan doktrin komunis. Lihatlah siapa perancang utama dan siapa pula macai. Siapa dan bangsa apa yang difitnah dan bangsa apa yang mengatur fitnah.

Komen ini bukan rasis tapi senarionya adalah begitu. Mereka ini telah berjaya mengjahanamkan Melayu dengan fotnah yang bersungguh-sungguh. PAS dan UMNO berpecah belah. Institusi Raja-raja dihini. Mereka menggunakan Melayu menjatuhkan Melayu kerana mereka cukup yakin tentang hakikat ini.

Anonymous said...

mca, gerakan, mic, ppp adalah wali suci