Tuesday, 21 July 2015

PASCAL NAJADI YANG BEBAL???MELUKUT DI TEPI GANTANG!!!




PASCAL NAJADI anda scumbag.

Tiada siasatan? Adakah anda bebal atau apa?
Pembunuh upahan yang telah membunuh bapa kamu, Hussain Najadi telah pun dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah, manakala dalangnya dan orang yang mengupahnya pula telah melarikan diri ke Australia dan kemudian ke China. Polis China dan Interpol sedang memburunya.


Jika tiada siasatan maka bagaimana untuk mensabitkan hukuman mati, anda dungu.

Jelas pembunuhan itu berpunca dari perbalahan tentang jualan tanah tokong tetapi nampaknya Pascal mahu mencari 'duit' dan 'populariti' lebih dengan cuba mengaitkan kematian bapanya dengan 1MDB sambil cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun bapanya sudah lebih 30 tahun tidak berada di dalam Ambank, bahkan langsung tidak terlibat dalam sebarang pengurusan mahupun pentadbiran Ambank.

Anda seorang yang memalukan dan menghina kematian bapa anda untuk menggunakan kematian tragisnya bagi tujuan kepentingan diri sendiri dan untuk memburukkan negara saya.

Ya, saya telah baca surat anda kepada The Malaysia Insider dan juga temuramah anda dengan Sarawak Report minggu lalu yang menggelar negara saya dengan pelbagai nama - perkauman, tidak adil, rosak, akan bankrap dan lain-lain.

Anda berkata anda berasa lebih selamat di Rusia, sila tinggal di sana dan simpan pendapat anda di sana.
Sekurang-kurangnya negara saya tidak mempunyai pembunuhan pemimpin politik dan kami juga tidak mempunyai kongsi gelap Mafia yang terkenal.

Malah anda bukan pun rakyat Malaysia - dilahirkan di Switzerland dan memegang dua kerakyatan Swiss-British - jadi sila berambus dari hal ehwal dan politik Malaysia. Siapa yang memberikan anda hak untuk menghina negara saya?

Dan sila memberitahu kami sama ada anda dan atau ayah anda pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Bahrain untuk penyelewengan sebelum ini. 


Bayangkanlah manusia yang tidak pernah ada di sisi bapanya, merampas segala-galanya daripada ibu tirinya, sedangkan ibu tirinya itulah yang berada di sisi bapanya, ketika kedua-dua mereka ditembak oleh pembunuh upahan. 


Dan sekarang, SCUMBAG ini cuba memburuk-burukkan Malaysia dengan fakta bodohnya yang hanya dipercayai oleh golongan berotak sempit.
Oleh Lim Sian See.

No comments: