Thursday, 16 July 2015

Malaysia Akan Tersungkur Di Tangan Yahudi???

 Semoga Kerajaan Bani Jawi dipelihara Allah!!!



Tiga orang Khalifah Islam iaitu Umar al-Khattab r.a. 
Usman Ibn Affan r.a. dan Ali Ibn Abi Talib kwjh mati 
terbunuh kerana angkara fitnah yang disebarluaskan 
di kalangan umat pada zaman tersebut.

Saidina Hassan dan Hussein r.a., cucu Baginda 
RasuluLLAH saw juga terbunuh angkara fitnah 
yang berleluasa.

Kejatuhan Empayar Kesultanan Bani Jawi Melaka 
juga bermula dari fitnah di kalangan para pembesar 
mereka.

Republik Rakyat Iraq dan kejatuhan Presiden 
Saddam Hussein bermula dari fitnah rakyatnya 
sendiri yang bersekongkol dengan kuasa asing 
bahawa wujudnya senjata pemusnah besar-
besaran yang sedang dibangunkan oleh Iraq.

Kesemua tragedi tersebut telah dan sedang 
berlaku di Malaysia. Sesungguhnya fitnah itu 
lebih tajam dari mata pedang.


Sarawak Report media dajjal

Sudah tersebar dilaman laman sosial dan rangkaian 
pesanan mesej Whatsapp kononnya sudah ada bukti 
sahih berlaku transaksi urusan bank dimana ada 
pindahan wang besar kepada YAB Datuk Sri Najib 
Tun Razak.

Tanpa usul periksa, juak juak anti Najib mendabik 
dada mula menyalak sakan melalak dan berkompang 
riuh rendah menyerbarkannya.

Pada kiraan mereka, sudah pasti rakyat akan 
percaya dan dokumen dokumen tersebut menjadi 
bukti kukuh memang benar berlakunya 
penyelewengan dana besar berkait rapat dengan 
1MDB dan Najib Razak.

Dokumen Transaksi Bank Milik Najib Pendedahan 
Wall Street Journal KANTOI Menipu.... Kesian !   

*****


Jangan Mudah terpedaya dengan muslihat jahat 
Media Barat yang mahukan Malaysia tersungkur 
sepertimana Timur Tengah yang tidak berpaksikan 
kepada kuasa mereka.



Asakan demi asakan dilemparkan Barat kepada 
pemimpin pemerintah Malaysia - mykmu

Kita tertanya-tanya, mengapakah media-media 
pro-barat menyasarkan Perdana Menteri Najib 
Razak sebagai “target” sekaligus membawa motif 
yang jelas; gulingkan beliau at all cost.

Jika hendak difikir-fikirkan, melalui pembacaan 
penulis, Perdana Menteri Najib Razak bukanlah 
selantang mantan perdana menteri, yang berjaya 
melabelkan dirinya sebagai anti-semitik, dan 
tidak mesra dengan Barat.


Apa yang sebenarnya ditakuti oleh Barat?


Bermula dari Sarawak Report, yang mengembar-
gemburkan isu 1MDB dengan fakta yang tidak 
benar, sehingga membawa kepada penangkapan 
seorang bekas eksekutif PetroSaudi yang dikhabarkan 
sebagai punca segala-galanya. Perlu diingatkan, 
Malaysia tidak terbabit di dalam penangkapan 
tersebut.


Sedang pembohongan itu hampir lenyap, Wall 
Street Journal pula tampil dengan carta kononnya 
berlakunya pemindahan wang ke akaun peribadi 
Perdana Menteri yang berjumlah RM700 juta. 


Tersedak penulis mendengar jumlah itu, dan 
tergelak membaca apabila sejumlah wang yang 
begitu banyak dengan selamba masuk ke akaun 
peribadi Perdana Menteri. Ada juga yang percaya 
bulat-bulat.


Samada suratan atau kebetulan, yang mana penulis 
fikir ia adalah satu konspirasi, pentadbiran Perdana 
Menteri Najib Razak dihujani dengan serangan-
serangan maha hebat dari barat.


Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan dana 
yang terima oleh satu pertubuhan dari sebuah 
firma antarabangsa. Pertubuhan tersebut telah 
menggunakan isu yang juga berkait dengan 
media antarabangsa untuk memburuk-burukkan 
kerajaan dan Perdana Menteri. 


Setelah modus operandi mereka gagal akibat 
pembongkaran pembohongan dan seterusnya 
akaun tersebut telah dibekukan oleh kerajaan 
Malaysia.


Lenyap isu terbabit, kerajaan diserang pula dengan 
isu GST. Penulis tidak menafikan kecacatan 
perlaksanaanya, cuma GST terbukti penting dan 
efektif sehingga 160 buah negara telah melaksana
kannya. 


Apa yang kita perlu tahu, isu GST sememangnya 
mampu menggoyahkan kerajaan. Malah, terbukti 
isu GST menjadi senjata utama politik di negara-
negara seperti Australia dan Ghana.


Untung menjadi pembangkang di Malaysia, kerana 
dibantu oleh isu-isu berasaskan antarabangsa, yang 
hampir 100% bersifat spekulasi dan pembohongan 
sehingga setakat hari ini. 


Justeru itu, tidak perlulah kita terbawa-bawa 
dengan saranan terbaru mereka untuk adakan 
tunjuk perasaan besar-besar sekiranya Perdana 
Menteri Najib Razak enggan meletakkan jawatan.


Asas isu ialah pembohongan, dan memang sejak 
azali pembangkang sangat sinonim dengan 
pembohongan. Apa yang hendak kita hairankan?


Isu Scorpene, GST, 1MDB oleh Sarawak Report 
dan kemudiannya penampilan Wall Street Journal 
sebagai pendesak untuk mengekalkan konsistensi 
asakan terhadap Malaysia sangat mencurigakan. 


Bagi penulis, paksinya ialah Barat. Apakah 
pembangkang di Malaysia sememangnya 
dibantu oleh kuasa asing yang telah lama 
mengidamkan Malaysia?


Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka 
percaya dengan prinsip kesederhanaan, atau 
wassatiyyah. Maknanya, beliau tidak suka 
mencipta musuh, dan tidak dapat dinafikan, 
pelbagai usaha samada makro atau mikro 
dilaksanakan untuk mensejahterakan Malaysia.


Barat senantiasa dan tidak mudah putus asa 
untuk terus-terusan menyerang Perdana Menteri. 
Apa yang diharapkannya ialah barisan kepimpinan 
akan hilang kepercayaan terhadapnya. Ini bukan 
rekayasa, kerana jarum-jarum fitnah yang tanpa 
henti telah berjaya meyakinkan ramai pimpinan, 
termasuklah mantan perdana menteri yang 
terkenal dengan imej anti-semitik dan anti barat.

Apa sebenarnya yang Barat takut dengan susuk 
tubuh seorang Perdana Menteri bernama Najib 
Razak?


Rakyat Malaysia perlu tahu, dalam praktis undang
-undang, “innocent until proven guilty”, dan 
bukannya “guilty until proven innocent”.


Penulis tidak tahu samada Perdana Menteri Najib 
Razak boleh menggunakan taktik yang sama diguna 
oleh mantan Perdana Menteri Tun M dalam 
menangani asakan barat iaitu “jangan percaya 
laporan media asing yang dikuasai oleh Yahudi 
yang jahat”.

No comments: