Tuesday, 28 July 2015

Aibkan Pemimpin Negara: Bila Allah Buka "Hijab", Dimana Mahu Sorokkan Muka?


Sepanjang seumur hidup sejak diberikan akal 
dan ilmu serta kefahaman agama, penulis yakin 
bahawa Allah SWT itu Maha Adil dan pegangan 
itu menjadi panduan hidup dalam setiap sudut 
kehidupan penulis selama berpuluh tahun ini.

Nampaknya, keadilan Allah SWT itu makin 

terserlah di depan mata kita semua sejak 
akhir-akhir ini mengenai tohmahan dan fitnah 
yang kini seolah menjadi "makanan harian" 
segelintir pihak berhubung tuduhan jelek yang 
dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk 
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan 
pembabitan beliau di dalam isu 1MDB.

Mulanya beliau ditohmah tentang kehilangan 

RM42 bilion wang tunai milik 1MDB. Kemudian 
wang tunai itu tiba-tiba bertukar pula berjumlah 
RM27 bilion. Ditanya pada Najib tentang wang 
itu seolah beliau pula yang mencuri dan 
merompak wang tersebut.

Bila dijelaskan 1MDB bahawa tiada sebarang 

kehilangan wang sebanyak yang didakwa, dan 
1MDB tidak memiliki wang tunai sebanyak itu 
melainkan aset-aset yang bernilai lebih jumlah 
berkenaan, mereka masih lagi tidak berpuas 
hati, enggan menerima penjelasan itu.

Bila PAC dan Ketua Audit Negara melaporkan 

tiada sebarang penyelewengan dalam akaun 
1MDB, mereka enggan pula percaya pada 
laporan berkenaan sedangkan ia dibuat 
secara siasatan forensik yang sangat teliti.

Bila Pasukan Tugas Khas sedang menyiasat 

lanjut mengenai isu berkenaan, mereka ganggu 
pula siasatan tersebut dengan pelbagai spekulasi 
yang kononnya dari "sumber yang amat boleh 
dipercayai". Percayalah sangat pada Wall 
Street Journals, The Edge dan Sarawak 
Report itu?

Dan bila Perdana Menteri mula menggerakkan 

tindakan undang-undang, mereka perlekehkan 
tindakan itu kononnya hanya "surat pertanyaan", 
menandakan mereka sebenarnya tidak faham 
pada prosedur perundangan Amerika Syarikat 
yang sememangnya berlainan dengan UK.

Kini, Allah SWT membuka satu persatu "hijab" 

atas tohmahan dan fitnah yang dilemparkan 
pada Perdana Menteri. Wall Street Journals 
kini sudah "menggelabah", "mengeletar" 
apabila mereka terima surat "cinta" dari 
Perdana Menteri Malaysia. Mereka mula 
"bisu"...

Sarawak Report yang dikendalikan oleh warga 

asing pula kini sudah "lumpuh" apabila SKMM 
bertegas pada mereka. Laman portal mereka 
kini sudah "kaput". Mungkin begitulah akibat
nya bila melaporkan berita tanpa berteraskan 
kebenaran yang dituntut dalam Islam.

Enggan mengaku salah, mahu juga terus 

menegakkan benang yang basah, terlalu ego 
untuk memohon maaf atas dosa yang dilakukan, 
sekarang mereka terimalah "habuan" sementara 
menunggu tindakan susulan dari pihak berkuasa.

Nama Justo muncul di Thailand. Siasatan Polis 

Thai terhadapnya cukup mengejutkan pihak yang 
melakukan tohmahan. Pening kepala mereka bila 
"bangkai gajah" yang cuba disembunyikan 
dicelah daun getah mula kelihatan.

Menggelupur dengan penangan Justo-Polis 

Thailand, nama Lester Melanyi pula timbul di 
Sabah. Kali ini lebih mendebarkan. Video demi 
video pengakuan bekas penulis Sarawak Report 
itu didedahkan. Kepala mereka-mereka itu 
makin tidak keruan...

Gambar pemilik Sarawak Report, Claire Brown 

bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr 
Mahathir yang berikrar mahu menjatuhkan 
Najib menimbulkan persoalan, seolah menafikan 
kenyataan anaknya, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, 
sebelum ini yang mendakwa bapanya "tidak ada
kena mengena" dengan "konspirasi" meranapkan 
reputasi Presiden UMNO.

Mungkin Mukhriz benar, Tun Dr Mahathir 

mungkin "tidak terlibat" dalam konspirasi 
berkenaan. Namun jelas sekali, seluruh rakyat 
sedar bahawa bapanya itu begitu kuat menyerang 
Najib dengan menggunakan hujah bersumberkan 
dari "fallacy" yang sememangnya tidak berasas 
langsung. Agak memalukan tindakan itu, namun 
itulah yang berlaku.

Soalnya, di mana hendak diletakkan muka mereka 

yang menuduh Perdana Menteri dengan tohmahan 
dan fitnah tersebut? Bila tuduhan, pertanyaan yang 
jelas tidak berfaktakan kebenaran, di manakah 
hendak mereka sorokkan aib yang terpalit di 
wajah mereka?

Bagi Claire Brown, WSJ, Justo atau warga asing 

yang terlibat memfitnah Najib, mungkin mereka 
dengan mudah mampu menyorokkan muka mereka 
dan kembali ke negara asal mereka tanpa menimbul
kan kesan signifikan pada rakyat Malaysia.

Namun bagi warganegara Malaysia, khususnya 

mereka yang hari-hari menabur fitnah dan memaki 
hamun Najib, khususnya para penyokong taksub 
Tun Dr Mahathir, di mana mereka hendak letak
kan maruah mereka?

Kononnya mereka mendakwa "sayangkan 

UMNO". Padahal mereka lebih percaya pada 
Claire Brown, The Edge dan dalang-dalang 
syaitan yang jelas merujuk pada pihak 
pembangkang berbanding pada Presiden 
UMNO?

"Sayang UMNO" jenis apakah itu? Penulis 

percaya, kalau jenis-jenis itu berada di dalam 
PAS, nescaya mereka akan dilabel sebagai 
"syaitan dalam jemaah".

Mungkinkah "spesis-spesis" itu wajar menyertai 

Harapan Baru bersama Mat Sabu dari terus 
menjadi "duri dalam daging" di dalam UMNO? 
Penulis yakin Mat Sabu tentu sudi terima mereka 
yang "sebulu" dengannya, kan?

Penulis harap, sempena Syawal ini, dan memandang

kan Najib masih hidup, mereka masih punya 
kesempatan untuk memohon maaf pada beliau. 
Jika Najib sudah meninggal dunia, susah pula 
untuk mencari Najib di hari kiamat nanti, 
bukan? Dosa tetap dosa, itulah Islam.

Lagipun penulis yakin, Najib itu pemaaf 

orangnya dan berjiwa memaafkan orang. 
Apalah salahnya melepaskan ego "serba tahu" 
itu dan mengaku silap secara terbuka, seterusnya 
memohon maaf kepada beliau serta mereka yang 
menjadi tempat melepaskan caci maki selama ini, 
bukan?

Buang yang keruh, ambillah yang jernih. 

Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai 
hambaNya yang sanggup mengaku salah, 
bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan 
tersebut. Buatlah begitu sekiranya masih 
ada sekelumit iman pada ajaran 
Rasulullah SAW... -Utaranews.com

1 comment:

Anonymous said...

Manusia ego tak akan memohon maaf kecuali tun mulakan dulu...