Monday 20 July 2015

TAKUT DAN MARAH KERANA SALAH!!!


Sarawak Report marah Singapura kerana intip konspirator fitnah ke atas 1MDB!

Sarawak Report nampaknya begitu marah kepada Singapura selepas Malaysia Today mengeluarkan laporan bahawa "pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation’ Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Rewcastle Brown di hotel Fullerton, Singapura".

Menyedari jejak mereka sedang dihidu dan diikuti oleh jaringan Interpol, SR segera menerbitkan artikel menghentam Singapura bertajuk "Singapore - A Sin City Who Spies On Foreign Journalists While Hiding Stolen Billions?".


Reaksi SR ini difahami kerana bermula dengan Justo, satu demi satu konspirator yang berkaitan dengan fitnah terhadap Petrosaudi mula didedahkan dan disiasat.

Dalam hal ini, SR tidak wajar menyalahkan jaringan Interpol Singapura kerana semuanya bermula dengan laporan palsu SR ke atas Petrosaudi. 

Sebagai syarikat yang difitnah SR, Petrosaudi telah membuat laporan kepada Jabatan Jenayah dan Penipuan Siber, Polis London dan susulannya siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa UK dengan kerjasama jaringan antarabangsa mereka.

Bolehkah rakyat Malaysia, Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat mengesahkan bahawa mereka tidak bertemu Justo dan Clare di Hotel Fullerton Singapura seperti dakwaan polis Thailand?

Bolehkah Clare sahkan dia tidak berjumpa Tony Pua dan 'The Edge'?

4 comments:

Anonymous said...

kalau aku kayaaaaa...3.2bil aku ponyaaaaaaa

usin cerdik said...

awak kaya awak punya pasal!orang tak heran kekayaan awak! makan nasi pun nasi biasa bukan nasi emas air perak!mampus pun bawak kain kapan aje!kalau aku beriman lagi baik! tak gitu bro...he he he he!

Anonymous said...

Apa komen pun,aku tak mau jadi macam Najib

ustaz roslankama said...

bukan tak mau jadi najib,awak memang tak mampu jadi macam dia!sbb jiwa awak terlalu kecil! cukuplah awak jadi diri sendiri yang mudah terpengaruh dengan fitnah musuh dalam dan luar negara! malaysia tak semudah negara arab yang senang dipecahbelahkan oleh musuh islam!Dap hampir berjaya pecah dan perintah!