Monday, 27 July 2015

MELAYU TAK ADA BATU DAN MEMANG PEMALAS!!!


KENAPA NAK SALAHKAN ORANG LAIN ......

Bila ada yang kata Melayu malas maka akan ada yang melenting. Tak terima hakikat. Tak terima kebenaran. Lalu dituding kepada orang lain yang menyebabkan mereka malas, susah dan mundur.

Melayu miskin tuding kerajaan puncanya.

Melayu mundur tuding pemimpin Melayu puncanya

Melayu susah tuding kerajaan tak bantu

Melayu gagal periksa tuding cikgu tak pandai ajar

Melayu hisap dadah tuding pihak berkuasa tak buat kerja

Melayu buat maksiat tuding orang pejabat agama makan gaji buta

Semua tuding orang lain salah. Jarang ada yang tuding diri sendiri. Tak mahu langsung muhasabah diri .....

Mengapa aku tak lulus periksa ...

Mengapa aku jadi kuli ...

Mengapa aku tak kerja kuat macam mat indon

Mengapa itu ......

Mengapa ini ........

1. Bangun awal pagi pergi kerja. Lewat petang baru pulang. Bersesak dalam trafik jammed, tak kurang juga bersesak dalam LRT. Kerja sampai lupa hal rumah tangga. Sebab apa? 

Sebab Melayu pemalas masa sekolah dulu. UPSR gagal. SRP gagal. Dan SPM pun gagal. Suruh belajar ponteng, jadi pembuli, lawan cikgu, tak baca buku dan ulangkaji. 

Sebab tu bodoh dan terpaksa kerja jadi kuli kepada bukan Melayu. Tak ada kelulusan tapi berangan nak jadi bos dan gaji besar. Padan muka kau orang.

2. Melayu yang bisnes pulak kena tipu. Untung sikit beli Mercedes. Untung sikit tambah bini. Untung sikit joli sana joli sini. Untung sikit melancong sakan, ke Medan, Batam, Karimun, Bandung. 

Untung tapi hutang tak nak bayar. Bayar gaji pekerja tak ikut tarikh. Untung syarikat telan sorang-sorang. Bonus tak pernah bagi kat pekerja. Pekerja malas sebab bos tak peduli. 

Akhirnya syarikat lingkup. Bisnes rugi puluh ribu, ratus ribu malah muflis. Sebab malas research sebelum terjun dalam bisnes. Malas research karakter klien. Malas research pasaran. Malas membaca tentang undang-undang.

3. Melayu jadi pengguna telefon pintar. Kata hidup susah sebab GST tapi boleh pakai telefon harga ribu-ribu. Topup berpuluh-puluh ringgit sebulan. Lagak macam pakar IT. Data kena curi pun tak tau. Maklumat peribadi kena exploit. Sebab malas explore telefon betul-betul. 

Malas geledah telefon sendiri, fungsi rumit tak nak selongkar dan ambil faham. “Eh.. Aku guna Nokia 3310 jer… ” tu bukti hang bongok. Kalau hang tau 3310 ja, macam mana hang nak tau anak hang buat apa dengan Galaxy, iPhone, Blackberry…? 

Anak bini lepaskan data penting kepada public sebab tak tau. Sebab hang tak ajaq. Sebab hang pun malas ambil tau.

4. Melayu selesa kerja makan gaji. Kerja tetap. Banyak kemudahan. Hujan ribut taufan gempa gaji tetap jalan. Tua nanti ada pencen. Kerja malas pun gaji naik tiap-tiap tahun. 

Kerja sendiri nanti kena komited, risiko tanggung sendiri, tak dak modal. Jadi Melayu suka duduk dalam zon selesa. Kena buang kerja baru fikir nak kerja sendiri. Lagi senang kena tipu. Melayu malas keluarkan potensi diri untuk berjaya.

Melayu memang bangsa pemalas.

Bunyinya nampak kasarnya bahasa. Orang beradab tinggi kalau kita perli dia faham dan terus perbaiki. Tapi orang yang kurang adab, kita perlu maki baru dia faham. Orang yang tak ada adab, perli dan maki memang tak lut. Mereka ni kena terajang baru dia faham. Tu pun sikit saja fahamnya.

Hari ni kalau nak tegur Melayu, tak perlu berkias lagi dah, membazir tenaga saja. Sound direct jer. Kasar ni… Yer lah, dah tak reti bahasa, kena kasar lah. Kalau kamu yang baca ni bukan jenis yang macam tu, tak perlu sakit hati. Tapi kalau kamu terasa, nak marah saya balik, silakan. Tak ada masalah. Nak kata saya biadab? Nak kata lebih dari tu pun suka hati lah.

Saya tak kisah dihukum masuk neraka oleh MANUSIA. Manusia nak kata saya ni kafir. Lantak lah. Yang penting saya akan terus tegur bangsa Melayu. Sebab saya masih ada sayang kepada Melayu.

No comments: