Monday, 13 July 2015
KHATAN WAJIB BAGI LELAKI MAHU PUN PEREMPUAN!!!
Pernyataan ulama mengenai hal ini.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Rahimahulahu mengumpulkan pendapat para ulama mengenai hal ini,
وقال ابن الصباغ في الشامل الواجب على الرجل أن يقطع الجلدة التي على الحشفة حتى تنكشف جميعها وأما المرأة فلها عذرتان إحداهما بكارتها والأخرى هي التي يجب قطعها وهي كعرف الديك في أعلى الفرج بين الشفرين وإذا قطعت يبقى أصلها كالنواة
"Ibnu Shobag berkata dalam Asy-Syamil, 'Wajib bagi laki-laki memotong kulit [الجلدة] kepala zakar sehingga kepala zakar kelihatan seluruhnya.
Adapun wanita ada dua penghalang, salah satunya selaput keperawanannya dan yang lain adalah yang wajib dipotong iaitu seperti jengger ayam pada bahagian faraj, terletak diantara dua mulut faraj, jika dipotong maka pangkalnya akan tetap seperti biji [النواة]. "[Tuhfatul Maudud biahkamil Maulud 1 / 191, Darul Bayan, As-Syamilah]
Al-Mawardi Rahimahulahu berkata,
وأما خفض المرأة فهو قطع جلدة في الفرج فوق مدخل الذكر ومخرج البول على أصل كالنواة ويؤخذ منه الجلدة المستعلية دون أصلها
"Adapun cara mengkhatan wanita iaitu memotong kulit [الجلدة] pada faraj diatas tempat penetrasi zakar dan saluran kencing, diatas pangkal yang berbentuk seperti biji [النواة] .. Diambil dari situ kulitnya tanpa mengambil pangkalnya. "[Tuhfatul Maudud biahkamil Maulud 1/192, Darul Bayan, Asy-Syamilah]
Imam An-Nawawi Rahimahulahu berkata,
الواجب في المرأة قطع ما ينطلق عليه الاسم من الجلدة التي كعرف الديك فوق مخرج البول, صرح بذلك أصحابنا و اتقوا عليه. قالوا: و يستحب أن يقتصر في المرأة على شيئ يسير ولا يبالغ في القطع
"Yang wajib dipotong pada wanita [saat khatan] adalah apa yang dikenal dengan sebutan kulit [الجلدة] yang bentuknya seperti jengger ayam diatas saluran kencing. Itulah yang ditegaskan dan disepakati oleh ulama mazhab kami. Mereka berkata, 'dianjurkan memotong sedikit saja dan jangan berlebihan dalam memotong'. "[Al-Ma'jmu '1/350]
Yang perlu diperhatikan dari perkataan ulama adalah kata "kulit [الجلدة]" sehingga yang dimaksudkan adalah clitori hood bukan batang klitoris atau glans. Orang awam banyak yang mengira wanita yang bersunat adalah klitorisnya.
Kemudian kata "biji [النواة]" yang di jelaskan "pangkal dan tidak diambil". maka, tidak syak ini adalah glans [batang] klitoris kerana bentuknya memang seperti biji.
Kemudian kata "seperti jengger ayam" [كعرف الديك] diatas saluran kencing, kata ini semakin meyakinkan bahawa yang dimaksudkan adalah clitori hood. Memang labia minora atau labia mayora berbentuk seperti jengger ayam. Akan tetapi keduanya ada dua pasang dan letaknya disamping.
Sebenarnya untuk lebih jelasnya langsung melihat gambar, akan tetapi kami cadangkan laki-laki tidak mencari gambarnya dan bagi wanita kami cadangkan untuk mencari gambarnya sehingga kelak ada yang boleh melakukan khatan bagi wanita.
Sebab secara anatomi perubatan
Dijelaskan bahawa clitori hood adalah homolog dari kulup zakar / preputium. Homolog merupakan istilah bahawa kedua-duanya adalah organ awal yang sama apabila tahap embriologi.
Dalam perkembangannya embrio organ genital berkembang sesuai dengan jenis kelaminnya. Pada laki-laki yang disunat adalah kulup zakar maka pada wanita juga demikian.
Sedangkan klitoris merupakan homolog dari zakar. Hanya saja zakar pada laki-laki berkembang terisi dengan bulbus cavernosus dan bulbus Spongiosum serta pembuluh darah. Jika memotong klitoris maka sebagaimana memotong zakar pada laki-laki.
Sebagaimana ma'ruf dalam syariat bahawa hukum asal perintah bagi laki-laki sama dengan wanita sampai ada dalil yang memalingkannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
إنما النساء شقائق الرجال
"Wanita itu saudara kandung laki-laki." (HR. Abu Daud 236, Tirmidzi 113, Ahmad 6/256 dengan sanad hasan).
Kaedah khatan wanita yang salah
1. Memotong clitori hood berlebihan
Hadis Anas bin Malik radhiallahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda kepada kepada Ummu 'Athiyah radhiallahu' anha (wanita tukang khatan):
اخفضي, ولا تنهكي, فإنه أنضر للوجه, وأحظى عند الزوج
"Apabila engkau mengkhatan wanita potonglah sedikit, dan janganlah berlebihan (dalam memotong bahagian yang dikhatan), kerana itu lebih dapat membuat ceria wajah dan lebih menyenangkan (memberi semangat) bagi suami. "[HR. Abu Daud (5271), Al-Hakim (3/525), Ibnu Ady dalam Al-Kamil (3/1083) dan Al-Khatib dalam Tarikhnya 12/291), Shahih]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahulahuberkata,
ولهذا يقال في المشاتمة: يا ابن القلفاء, فإن القلفاء تتطلع إلى الرجال أكثر, ولهذا من الفواحش في نساء التتر, ونساء الإفرنج, ما لا يوجد في نساء المسلمين, وإذا حصل المبالغة في الختان ضعفت الشهوة, فلا يكمل مقصود الرجل, فإذا قطع من غير مبالغة حصل المقصود باعتدال والله أعلم.
"Oleh kerana itu dalam kes saling memaki, seseorang mangatakan," wahai anak wanita yang tidak dikhatan! ", kerana wanita yang tidak dikhatan mempunyai nafsu kepada laki-laki yang lebih besar.
Inilah yang menyebabkan terjadinya zina [pelacuran] pada wanita Tar-tar dan Eropah. Dimana hal ini tidak dijumpai dikalangan wanita muslimin. Jika khatan dilakukan secara berlebihan maka ghairah seks akan semakin lemah, sehingga tidak sesuai dengan keinginan suami. Jika pemotongan tidak dilakukan berlebihan, terwujudlah tujuan pertengahan [pengendalian hawa nafsu]. "[Al-Fatawa al-Kubra 1/274, Asy-Syamilah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment