Masa aku kecik dulu aku belajar
agama Islam.Aku tau korek hidung
batal puasa, sebab kawan aku bagi
tau ustaz dia cakap. Bukan seorang
cakap macam tu, boleh dikatakan
semualah yang aku jumpa akan bagi
tau benda yang sama.
Semakin ku dewasa aku tak cukup
tau aje, aku selalu nak tau kenapa.
Lalu jawapan yang aku dapat kerana
ia termasuk memasukkan sesuatu
ke dalam rongga tubuh. Rata-rata
pun cakap macam tu sampai ke
hari ini bersepah Muslim jawab
begini.
Dan dua minggu lalu aku membaca
fatwa Ustaz Azhar Idrus mngatakan
korek hidung tidak batal puasa. Aku
membaca keterangan ringkasnya
dalam kes korek telinga, telan kahak,
pakai eyemo dan kentut dalam air
juga & aku diam-diam setuju.
Kira-kira dua hari lepas aku hadir
ceramah Ustaz Kazim Elias pula
dan UKE kata tidak batal walaupun
masuk seluruh jari sampai habis
& itu takkan mnyebabkan kenyang
katanya.
Aku tidak terkejut sebab fatwa
suntikan oleh UAI cuma batal puasa
jika suntikan menyebabkan kenyang.
Masalah aku pada alasan memasuk
sesuatu dalam rongga apakah tidak
relevan lagi.
Walaubagaimana pun aku telah pun
menentukan mana harus aku ikut.
Dan aku beranggapan ianya tidaklah
membatalkan puasa atas sebab-
sebab yang dinyatakan di atas!!!
No comments:
Post a Comment