Tuesday, 14 July 2015

Teknik "Rahsia" Gadis Bertudung Menggoda Lelaki!!!



Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat 
kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai 
stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar 
sedar, mungkin kita telah melakukan benda
-benda ini :
1. Tunduk

Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri 
kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita 
pun tak melutut atas lantai, terus capai benda 
tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan 
bahagian punggung terdedah untuk dilihat 
oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata 
lelaki.

2. Lirikan mata 

Juga mencetuskan nafsu lelaki. Lebih senang 
lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan 
mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya 
lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin 
biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan 
menggoda.


3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh 
membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman kawan saya bila seorang lelaki 
yang duduk berhampiran melihat seorang gadis 
berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia 
berjalan semula jadi), mengatakan caranya 
berjalan sangat menarik perhatian.

See?


4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.

Alamak, senyum pun salah juga?


Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke 
hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi 
betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada 
bahagian tubuh wanita yang tak indah di 
mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya 
lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi 
senyumlah dengan cara yang betul. Depan 
lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita 
boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar 
dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan 
tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-
habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita 
mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh, jadi sebahagian cara mengurangkan 
nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. 
Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk 
dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

No comments: