Wednesday, 8 July 2015

Perempuan Kuat Membebel!!!

11 Sebab Kenapa Perempuan Kuat Membebel



Pernahkah anda menghadapi situasi 
wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan 
membebel pada anda? Mungkin pernah 
atau pun belum lagi dibebel. Adakah 
membebel itu memang sifat wajib yang 
ada pada wanita? 

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan 
mereka pasti tiada masalah untuk 
mengharunginya. Namun bagaimana 
pula dengan lelaki yang "pantang" 
dibebel? Pasti panas telinga 
mendengar. Kadangkala kita bertanya 
"kenapalah awak ni suka sangat 
membebel?" kan? 

Atau juga kita berkata "Awak ni tak habis
-habis nak membebel la" Sambil menyumpah. 
Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel 
lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru 
hara kan? Adakah kita pernah tanya kepada 
mereka kenapa mereka suka sangat 
membebel? 

Bagi yang belum pernah tanya dan tak 
mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab 
mereka suka sangat membebel siang dan 
malam tak kira pada kita, pada anak atau 
pada jiran (tu pun kalau terlebih advance 
bab membebel ni). 

11 sebab kenapa perempuan kuat membebel 
yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah. 

Sifat semulajadi - Memang sifat perempuan 
suka bercakap. Tak kira apa yang dia cakap 
tetapi mereka memang suka bercakap. Sama 
ada mengumpat, mengutuk atau bergosip 
memang sinonim dengan kaum hawa. 

Tugas rutin - Dalam rumahtangga 
perempuan yang lebih banyak menjadi 
pengurus rumahtangga. Walaupun mereka 
lebih dianggap "Menteri Kewangan" tetapi 
sebenarnya mereka lebih banyak bertindak 
sebagai "hakim" kepada pasangan, kawan, 
suami dan anak-anak. Ada saja yang tidak 
kena, habis riuh rendahlah. 

Meluahkan perasaan - Banyak perempuan 
lebih suka membebel daripada mengguna
kan kekerasan fizikal kepada orang dibebel
nya. Mereka tidak punya kekuatan yang 
cukup untuk menggunakan fizikal tetapi 
mereka mempunyai mulut yang hebat. 

Tanda protes - Kalau nak protes di jalan
-jalan pasti orang anggap demonstrasi 
atau lebih teruk lagi orang akan panggil 
gila. Jadi kita akan menjadi tempat 
bebelannya walaupun atas perkara 
yang sangat kecil. 

Terlalu sayang - Kadangkala perempuan 
lebih risau akan keselamatan orang 
sekelilingnya dan juga mereka lebih 
takut sekiranya berlakunya kejadian 
yang tidak diingini orang yang rapat 
dengannya. Bukan perempuan tidak 
suka pada apa yang kita buat tetapi 
mereka terlalu sayang pada kita dan 
tak mahu kita ditimpa apa-apa 
kecelakaan. 

Petunjuk - Bila mereka membebel pasti 
ada sesuatu yang tidak disukainya. Maka 
dengan membebellah mereka memberitahu 
kita. Jika disalah tafsir pasti malang 
perempuan itu. 

Senaman otot mulut - Jarang sekali kita 
lihat perempuan diam membisu. Jika diam 
maka lain lah yang berlaku. Jika mereka 
kuat sangat membebel ketahuilah bahawa 
mulut mereka sedang bersenam tanpa 
perlu membuat rawatan muka. 

Amaran - Membebel juga adalah satu 
amaran kepada lelaki tentang perasaan 
marah mereka. Jika bebelan mereka tidak 
dihentikan maka ianya akan berlarutan 
kepada kepada sesuatu yang lebih 
buruk. 

Mengharap sesuatu - Jika mereka 
membebel ketika membuat sesuatu kerja, 
hulurkan bantuan kerana mereka sedang 
membuat kerja dengan "terpaksa" walau
pun mulut mereka berkata sebaliknya. 
Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan 
mereka akan reda. 

Penyelesaian masalah kesunyian - Jika 
tak ada perempuan maka sunyilah kita. 
Hanya mereka jenis manusia yang susah 
untuk berhenti bercakap. Bila mereka 
tidak membebel pasti ada sesuatu yang 
tidak kena. 

Menandakan mereka sihat - Perempuan 
akan membebel lebih banyak jika mereka 
sihat. Jika mereka sakit pasti mereka tidak 
akan banyak bercakap. jadi beruntunglah 
jika dapat perempuan yang kuat membebel 
sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.

No comments: