Friday, 3 July 2015

MUFLIS BANKRUPSI KASI MATI!!!



Kepada Kerajaan Malaysia,


Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi 
kuasa kepada bank menjadi penyebab 
kepada pengurusan tidak sempurna. Bank 
ialah punca utama seseorang individu 
menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.


Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan 
caj dengan kadar faedah yang tinggi dan 
sesuka hati kalau masa anda tidak 
berkeupayaan membayar ansuran bulanan. 
Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat 
apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia 
kita tidak ada jabatan yang boleh membantu 
kita pada masa tersebut.


Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat 
saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy 
laws di Malaysia akan menghukum seseorang 
muflis sampai boleh memusnahkan hidup 
seseorang. 


Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita 
sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan 
oleh kuasa bank yang keterlaluan.


Bankruptcy laws di Malaysia memang 
boleh menyebabkan seseorang muflis dan 
melambatkan muflis untuk hidup semula.


Di dalam undang-undang muflis, ada banyak 
syarat yang mengikat si muflis seperti tidak 
boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima 
wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki 
melapor kepada Jabatan Insolvensi Malaysia), 
tidak boleh keluar luar negara bekerja 
(pasport disekat), tidak dapat memegang 
jawatan tinggi dalam syarikat dan lain-lain. 


Ini semua memang akan menyekat seseorang 
muflis mendapat wang untuk pelepasan.


Harap kerajaan kita sedar dan tidak 
membunuh masa depan seseorang muflis 
di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama 
sendiri. 


Bankruptcy yang meningkat boleh 
diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 
boleh berubah mengikut masa sekarang, 
bukan akta kampung yang dulu. 


Untuk menjatuhkan seseorang menjadi 
bankrap sepatutnya hutang kalau melebihi 
RM150,000 ke atas. Harap juga yang telah 
dilaporkan bankrap pada masa sekarang 
akan dilepaskan secepat mungkin jika 
hutang tidak melebihi RM150,000. 


Inilah yang sempurna dan sesuai untuk 
masa kini.


Kerajaan Malaysia memang kena 
mempertimbangkan seseorang yang 
telah jatuh bankrap kalau hutang tidak 
melebihi RM150,000 atau RM100,000 
patut diberi peluang untuk pelepasan 
automatik pada awal tahun 2016 ini. 


Ianya sangat jelas, yang telah difailkan 
bankrupcy, akhir hutang akan ditambah 
oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.


Kalau seseorang dijatuhkan bankrap 
dengan jumlah hutang yang tinggi, 
mungkin dia ada niat untuk mendapat 
manfaat dari pihak bank atau kerajaan 
kita. 


Akhirnya diharapkan Kerajaan Malaysia 
kita dapat mempertimbangkan isu isu 
seperti ini.

No comments: