Friday 31 July 2015

APABILA INSTITUSI ISTANA MEMIHAK,TRAGEDI NEPAL BAKAL BERULANG!

3 Kerabat Johor Sampaikan Mesej Tersirat Kepada Rakyat




Mereka masih boleh dimaafkan kerana masih mentah dan tak faham perlembagaan negara!

KUALA LUMPUR: Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata semangat kepada rakyat Johor di Facebook baru-baru ini, kini status dua adindanya pula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar semalam, masing-masing dilihat menyampaikan mesej tersirat.

Dalam entri tersebut, Tunku Jalil memuat naik foto bendera Malaysia iaitu jalur gemilang tanpa sebarang warna bersama beberapa baris ayat.

“Jika ada perselisihan, moga kita membawa keharmonian. Jika ada kesilapan, moga kita membawa kebenaran.

“Jika ada keraguan, kita membawa kepercayaan. Dan jika ada duka, moga kita membawa harapan,” katanya.

Sementara itu, Tunku Idris dalam entrinya lebih kurang 13 jam lalu pula memuat naik gambar bendera Johor tanpa sebarang kapsyen yang sehingga kini disukai lebih 4,000 pengikutnya.

Ternyata, tindakan kedua kerabat Diraja Johor itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan mengaitkan situasi semasa negara terutamanya membabitkan rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

Kalau rakyat marhaen hina jalur gemilang dah tentu teruk kena kutuk! tapi ini anak raja!

Beberapa komen pengikut di laman sosial berkenaan juga meluahkan pandangan masing-masing.

“Sedih sangat dgn apa yg negara kita hadapi sekarang. Dapat rasakan yg negara luar duk gelak kt negara kita coz byk sangat drama,” tulis zitazety.

Manakala Ezzadzaman berkata: “Bangsa Johor.. Be Cool”.

Sebelum ini, TMJ memuat naik kenyataan ringkas selepas kurang 12 jam barisan Kabinet baru diumumkan yang antaranya menyatakan:

“Anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor”.

Selepas diteliti, kenyataan - kenyataan tersebut dipercayai sebagai sokongan jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disingkirkan daripada jawatan pemimpin nombor dua negara.
- mD

KD:

Sebagai institusi istana mereka jangan sesekali memihak!Mereka perlu berada ditengah-tengah sebagai pengimbang!Mereka perlu jadi payung kepada semua!Baharulah layak digelar raja!

Bahaya memihak ini diluar jangkaan.Orang yang istana sokong tentulah gembira dan sayangkan istana.Apa hal pulak orang yang istana tidak sokong,yang istana pinggirkan?

Akan lahir kebencian di hati tanpa disedari! Penyakit ini akan membiak di hati dan nurani!Akan merebak dalam kalangan masyarakat!Akan membusung sedikit demi sedikit akhir pecah berderai meleraikan nanah darah yang busuk!

Ketika itu darjat dan status akan sirna! hormat dan sayang akan menghilang! Institusi yang mulia akan terbang melayang!

Aku hanya mengingatkan sebelum nasi jadi bubur,sebelum zaigot jadi ambrio,sebelum cicak jadi buaya!!!

Daulat Tuanku!!!


7 comments:

Anonymous said...

Penjilat tegar Nampak..

brojgn jadi bodoh la..

Kerabat Diraja lagi la perlu masuk campur kalau perbuatan pemimpin sekarang ni akan merosakkan bangsa melayu..

agak2 la nak jilat.. pre paid blogger kot ko ni??

Anonymous said...

keluarga raja johor tak layak jadi DYMM SPB YDPA

Anonymous said...

Mejlis Raja2 ini saluran yg betul. Pemecatan @ Perlantikan Menteri2 adalah dgn restu AGONG.Agong tu siapa?

Kutukandewata said...

nampak sangat tak tahu perlembagaan! tapi masih nak tunjuk pandai sedap tuduh orang penjilat! tak tahu langsung pandangan ilmiah.masih terikat dengan pandangan dan pegangan pak turut! perlembagaan jelas memisahkan bidang kuasa antara institusi istana,ekskutif dan legalatif! masing2 ada peranan.kalau berlaku percampurtanganan antara satu sama lain maka akan mengundang krisis perlembagaan! institusi istana mesti natural dan jadi pendamai antara dua puak yang berpolitik! kalau istana jelas memihak kepada satu pihak maka satu pihak lagi akan tidak berpuas hati!aku cakap secara fakta dan ilmiah! orang cerdik akan faham penjelasan aku ni!awak nak memihak kepada istana itu hak awak.tapi kalau istana lupa pada pemisahan bidang tugasnya,maka janganlah menyesal kalau kebangkitan rakyat tercetus!

agong sign setelah mendapat nasihat dr PM! dalam tempoh 60 hari kalau agong tak sign maka secara automatik segalanya berjalan dengan sendirinya!

Anonymous said...

hak melantik dan menggugurkan anggota kabinet adalah kuasa PM!Agung sign aje setelah mendengar nasihat PM! tak tahu perlembagaan negara janganlah tunjuk pandai! anon di atas sekali tak faham artikel ilmiah yang KD tulis ni! dia hanya layak jadi hamba tebus istana johor aje!

Anonymous said...

Bukan kah sultan Pahang pernah menyatakan sokongan terbuka kepada DS Najib..

Anonymous said...

wajar sultan pahang beri sokongan terbuka kerana najib adalah ketua pemerintah negara dibawah naungan sultan yang ada! baginda tak serang pun najib!baginda juga tak serang pembangkang!jadi baginda natural lah!