Saturday, 11 July 2015

JARUM-JARUM AL MASEHI DAJJAL SEMAKIN TAJAM DI MALAYSIA!!!


Penjajahan bentuk baharu : Anarki dan Pecah Perintah Sistematik



Mungkin ramai tak perasan yang negara kita diserang dari dalam dan luar dengan bertalu-talu...kalau yang perasan tu syukur la anda nampak...

Serangan yang saya maksudkan adalah berbentuk politik, hasutan dan propaganda... selain serangan secara halus terhadap ekonomi negara dan juga serangan psikologi keatas strata masyarakat kita dalam bentuk hasutan...


Sejak sebelum dan selepas pilihanraya yang telah berlalu... ada suara-suara yang mengumpul dan menggembleng tenaga anak muda dan masyarakat awam untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara anarkis. 


Dengan cara yang tidak demokratik.setakat ini sahaja sudah hampir 3 kali cubaan tersebut dilakukan.Walaupun belum mencapai skala huru hara yang teruk tetapi cubaan anarkis ini tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan keselamatan dan masyarakat umum sendiri.


Apa yang menarik adalah cara permainan kuasa2 in the shadows ini menggunakan senario semasa dalam negara.Bagaimana isu2 populis dan yang dekat dengan hati rakyat seperti kos sara hidup,pendidikan dan lain2 perkara di jadikan asas untuk membentuk an army of the people.



Dimana tanpa perlu menggunakan angkatan tentera atau sistem persenjataan canggih sebuah negara dapat dikuasai melalu internal strife dan civil conflict selain perebutan tampuk kuasa pemerintahan negara.




Secara tidak sengaja rakyat yang sedang dalam kesengsaraan atau kesusahan akibat tekanan ekonomi, bangkit menuntut hak mereka lalu dijadikan tentera upahan oleh kuasa2 didalam bayangan ini tanpa rakyat2 ini sedar.


Selain itu mereka disajikan hari demi hari dengan propaganda demi propaganda yang berbentuk anti establishment. Tanda2 ini dapat dilihat dengan jelas disekeliling kita. Ini adalah satu bentuk penguasaan yang baru. Satu bentuk sistem pecah dan perintah yang tidak berlaku secara terang terangan tetapi mempunyai signifikan yang ketara jika diteliti dengan dalam.


Saya mengakui kepimpinan negara kita lemah.Mereka banyak membuat kesilapan yang membangkitkan kemarahan rakyat dari pelbagai strata masyarakat, tetapi ini tidak memberikan kita lampu hijau atau tanda halal untuk kita bertindak diluar pemikiran rasional.


Berhimpun dan berniat menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan adalah cara yang kalau boleh kita elakkan.Kenapa gerakan tenaga muda,gerakan2 mahasiswa dan gerakan bukan kerajaan serta kepimpinan politik tidak bertindak secara rasional tetapi bertindak dengan cara anarkis dan populis?


mengapa mereka mengajak rakyat bersama2 mereka untuk bertindak secara anarkis untuk menggulingkan kerajaan sedangkan terdapat cara yang lebih rasional,lebih ampuh dan lebih demokratik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kita semua.Jika mereka benar2 ikhlas untuk berjuang untuk rakyat,ini bukan jalannya.


Nelson Mandela serta kelompok warga afrika sendiri pernah ditindas oleh aparat2 politik apartheid dengan cara yang zalim tetapi akhirnya beliau dapat menguasai Afrika Selatan dengan cara yang aman dan demokratik.


Struggle beliau tanpa mengangkat senjata dan menimbulkan suasana anarki itu sepatutnya dijadikan contoh oleh aparat2 gerakan muda dinegara kita.Saya melihat kita lebih menjurus kearah agresif dan bukan progresif.


Kembali kepada kuasa in the shadows yang saya nyatakan di perenggan yang sebelumnya.Seluruh negara berada dalam keadaan frantik untuk pemilihan kepimpinan negara.Kuasa2 bayangan ini bukan sahaja wujud dikalangan aparat mahasiswa,tenaga pemuda,badan bukan kerajaan malah ia wujud dalam parti2 politik pembangkang dan kerajaan sendiri. 


Mereka ini berselindung dengan cara yang tidak tercapai akal fikiran kita.Mereka mempunyai akses kepada maklumat dari kerajaan dan dari pembangkang.Selain jentera untuk menyebarkan berita dan propaganda yang mempunyai unsur hasutan halus serta mampu mewujudkan persepsi kepada satu pihak dan pihak yang lain.




Kuasa dalam bayangan ini menggunakan sepenuhnya peluang kelemahan kedua2 pihak yang bertelagah yang mana unity di antara kita rakyat Malaysia semakin tipis dihakis garisan politik hampir setiap hari.Ini yang saya katakan bentuk serangan pecah dan perintah baharu. Rakyat Malaysia di pecah-pecahkan kepada banyak kumpulan yang kecil...


Perpecahan ini bukan setakat berlaku antara kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tetapi melangkaui tahap mikro. Perpecahan ini melibatkan pecahan2 yang lebih kecil dan lebih mikroskopik dari segi negeri, fahaman ugama (Islam sendiri berpecah kepada sunnah, wahhabi dan syiah), fahaman politik (melayu BN dan melayu PR, cina DAP dan cina MCA sebagai contoh), golongan kelas sederhana dan kelas pertengahan (kakitangan kerajaan dengan kakitangan swasta), antara establishment dan rakyat dan banyak lagi. Secara terus terang we are so divided among each others tanpa kita sedar.Kita telah dipecah-pecahkan secara sistematik tanpa kita sedar.


Dalam kita sedang marah2 dengan kos sara hidup usahlah kita membuat keputusan dan tindakan melulu.Jangan cepat melatah.Masih ada jalan rasional dan jalan2 yang lebih baik untuk kita pilih bagi menyelamatkan negara kita.


Ini yang berlaku kepada tanah air tercinta kita pada masa ini dimana rakyat sudah marah dan kemarahan mereka di tambah dengan macam2 perencah untuk menaikkan lagi kemarahan.


Saya menyeru agar kita kembali ke jalan rasional.Bertenang dan berlapang dada dalam membuat satu2 perkara.Bertindak dengan progressive dan bukan secara agressive.Malah menolak sejauh-jauhnya anarki.....


The truth is anarki bukan jalan penyelesaian.....


No comments: