Saturday, 11 July 2015

KENING MATA WANITA DAN RAHSIANYA!!!




Mengenal sifat wanita dari bentuk bulu kening matanya, kerana kening menunjukkan kreativiti, berfikir, bercakap, martabat, tabiat, reputasi, kemasyhuran, perasaan, daya tarik, seksualiti, dan perangai.


A. Menurut fisiognomi China, seperti halnya rambut, banyak sekali menghuraikan masalah kening, mulai dari alis panjang atau pendek, bentuk, letak, dan tebal-tipis kening. Semuanya mempunyai erti masing-masing, sehingga kalau digabung akan mendapatkan banyak maklumat.


1. Alis yang panjang menandakan kebahagiaan dan umur panjang. 

2. Alis yang tebal, menunjukkan vitalias, kuat, dominan, dan pelampiasan emosi. 


3. Alis yang tipis, memberitahu kesensitifan dan daya tahan fizikal yang rendah. 


4. Bentuk kening tinggi, mendedahkan dia tidak mudah terpengaruh oleh orang lain. 


5. Bentuk kening yang rendah, memperlihatkan keramahan, mudah didekati, dan sederhana. 


6. Alis rata dan lurus adalah milik orang yang pemalu dan tertutup (introver) tetapi dia artistik.


7. Kalau lebat di pangkal dalam (dekat hidung) dan menipis di pangkal luar, dia kreatif, penuh gagasan, dan kurang disiplin. 


8. Kalau semakin tebal di hujung (pangkal luar), dia punya bakat untuk hal-hal yang terperinci.


9. Alis yang dipandang paling bagus berwarna hitam, bangunnya seperti busur, halus, dan tebal. 


10. Alis yang termasuk kategori teruk antara lain terlalu pendek sehingga tidak boleh menutup mata. Diertikan, dia seorang licik. 


11. Alis terlalu dekat mata, banyak godaan dan banyak mengalami pergolakan hidup. 


12. Alis terlalu tinggi dari mata petanda tidak boleh jadi kaya raya. 


13. Sementara kalau kening amat jarang, bererti jenis wanita cemburu.



B. Menurut fisiognomi Yunani, kalau kening bahagian depan tidak tajam, bermakna kemahuannya keras. Kalau hujung belakang tajam, mempunyai perasaan halus. Kalau kening melengkung sehingga hampir menutupi seluruh mata, senantiasa bekerja dengan rahsia atau sembunyi-sembunyi dan suka dengan percintaan.


C. fisiognomi Syria lain lagi. Dinyatakan, kalau di antara dua kening melesak, dia akan pindah ke lain tempat. Kalau tulang kening tinggi, dia bertabiat keras, tidak mau mengalah pada suami, dan suka menyendiri. Lebih-lebih kalau amat tebal, tabiatnya keras dan suka bawa kemahunya sendiri.


D. Di mata pakar India, garis kening harus jelas atau mempunyai rambut yang lembut dan tidak boleh bertemu. Kalau halus dan melengkung ke atas, akan membawa kebahagiaan. Apalagi kalau rambut alis melengkung, suaminya akan berumur panjang. 


Yang teruknya adalah kalau bulunya amat panjang . Dia akan cepat menjadi janda. Begitu pula kalau alis mata bertemu, mempunyai rambut alis yang pendek, dan berwarna kekuningan, dia akan hidup miskin.

Turun agak ke bawah, ada bulu mata. Kalau pendek dan melengkung, tenaganya terbatas dan mudah takut pada situasi baru yang belum dikenal. Kalau panjang dan lurus, penuh semangat dan kekuatan. 


Sedangkan bulu mata yang panjang dan melengkung menunjukkan kesensualan, feminin, tetapi tidak murah hati. Kalau sangat lebat, sejuk dan galak. Kalau melekuk ke atas secara semulajadi, dia terlalu optimis.

Semua maklumat ini sekadar hiburan, tidak bermaksud mendiskriditkan sifat seseorang kerana kebencian, jika ada kebenaran dan mendekati diantara huraian diatas semua kembali keperibadi masing masing. 


"Tahu akan kesalahan dan kekurangan diri akan lebih baik daripada tidak pernah merasa salah dan selalu merasa benar, orang yang terbaik tetap seseorang yang bijaksana dan memperbaiki daripada  kesalahan"

No comments: