Sunday 7 September 2014

Wan Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor!!!

Haron Din : Wan Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor

alt

BANGI 7 Sept - Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor jika dilihat dari segi latar belakangnya oleh Majlis Syura Ulamak PAS.


Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din berkata, Majlis Syura Ulamak PAS turut menyokong penuh kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kelayakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.


"Itulah penilaian dan pandangan yang dibuat oleh Majlis Syura sebelum ini.


"Kalau dia cukup kelayakan sudah tentu Majlis Syura akan menyokong," katanya ketikia ditemui  selepas Forum Perdana yang diadakan di sini malam tadi.


Turut hadir beberapa tokoh ulamak PAS termasuk Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
alt

Beliau menegaskan, walaupun Islam membenarkan wanita diangkat sebagai pemimpin, ianya bukanlah faktor utama penolakan Majlis Syura terhadap keputusan PKR tersebut.


Katanya, Islam juga menitikberatkan soal keupayaan dan kemampuan seseorang dalam memikul amanah sekaligus berdepan cabaran apatah lagi dalam mentadbir sesebuah negeri.


"Islam melihat amanah orang dari fizikalnya mampu, berpengalaman dan sejarah latar belakangnya.


"Kalau itu dilihat apa yang diputuskan Majlis Syura dan melihat ada orang lain lebih baik daripada Wan Azizah," katanya.
 
alt

Kelmarin, Hadi Awang dalam satu majlis di Marang menegaskan bahawa PAS menolak pencalonan Wan Azizah ebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu jantina, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.


"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.


"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.


"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.


"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. 

Bukan dengan sebab dia perempuan, katanya dalam ucapan di Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini bersama Presiden PAS di Rusila, Terengganu malam tadi. katanya.


Abdul Hadi turut menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim yang merupakan seorang pemimpin amanah dan tiada sebab pertukaran jawatan itu dilakukan secara tergesa-gesa.

4 comments:

Anonymous said...

DSWA hanya layak menjadi menteri besar BONEKA.HE HEEEE

Anonymous said...

TGHH sendiri pun tidak kuat, lantas kehilangan negeri Terengganu.

Anonymous said...

TGHH ada karisma, cuma ditolak oleh rakyat. Wan Jijah dah mmg takder karisma, melalut dan dia sendiri tak tahu apa yg dia buat

Anonymous said...

Boneka...memalukan umat