Saturday 27 September 2014

MENTERI BESAR SELANGOR SEORANG PEMBOHONG???


(AZMIN PEMBOHONG)PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor.


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan 
sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju 
agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco 
baharu negeri itu dikurangkan daripada empat 
kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, 
Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri 
Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS 
Pusat yang turut tidak bersetuju dengan 
pengurangan itu.

"Kami juga berpandangan pengguguran Dr 
Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang telah 
berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini 
adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah 
satu permulaan yang baik," katanya dalam satu 
kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas pengumuman exco 
negeri yang baharu diumumMenteri Besar 
Selangor, Azmin Ali yang menyaksikan kerusi 
exco yang disandang wakil daripada parti PAS
berkurangandaripada empat kepada tiga.

Dalam pada itu kata Mohd Khairuddin, PAS 
tetap mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat 
Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan 
agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di 
dalam kerajaan demi memastikan kerajaan 
Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak 
tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal 

mempertahankan kerajaan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri 
(ADUN) PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunus 
Hairi yang dilantik menjadi Exco berkata, dia 
menerima baik dan berpuas hati dengan 
pelantikan tiga Exco biarpun barisan kerusi 
yang disandang PAS berkurangan daripada 
empat ke tiga dalam barisan yang baharu.






Azmin Ali sebelum itu telah menafikan tindakan 
beliau mengurangkan kerusi exco PAS daripada 
empat kepada tiga bukan satu bentuk 'hukuman. 


Diasak wartawan, sama ada PAS bersetuju 
dengan keputusannya itu, beliau berkata 
"setuju" tetapi tidak mengulas lanjut.
-celahgelegar 

p/s- Keldai tetap akur dan rela walau apa 
pun diperlakukan oleh tuannya!Inilah bodoh 
piang namanya,langsung tak ada maruah!!!

1 comment:

Anonymous said...

The war of arrogant warlords of PR starts again.Pity Sgor folks,but to quote TDM..You chose the wrong govt,you deserved it.