Tuesday 30 September 2014

MENANTIKAN KELAHIRAN IMAM MAHDI UNTUK MENGHAPUSKAN KAFIR LAKNAT!


Dua cerita yang berbeza mengenai selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Hussain ra di Karbala 
seperti yang saya titipkan di bawah ini.

Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, Saidina Hussain sempat berteriak memanggil abangnya Saidina Hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah Saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adiknya Saidina Hussain dalam kesusahan atau kemalangan. 


Tanpa berfikir panjang Saidina Hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya Saidina Ali dimana mengikut sirahnya Saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. 


Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu Saidana Hussain dan Hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah.


Tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. 


Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh Saidina Hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan Saidina Ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah.

Diriwayatkan kuda Saidina Ali yang ditunggang oleh anaknya Saidina Hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.

Apabila Saidina Hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya Saidina Hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. 


Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya Saidina Hussain yang kepalanya telah terpenggal, Saidina Hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. 


Diriwayatkan bahawa pedang Saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu.

Apabila ramai telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan Saidana Hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa Saidina Hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya.


Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala Saidina Hussain untuk di persembahkan kepadanya. 


Pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.


Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya Saidina Hassan ? Di manakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan Saidina Hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti.


Logiknya Saidina Hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda Saidina Ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :


Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti.


Terdapat satu lagi catatan sejarah yang menyatakan Saidina Hassan wafat lebih dulu dari Saidina Hussin, beliau syahid mati diracun. 


Jelasnya semasa Saidina Hussin syahid wafat dimedan pertempuran di Karbala, ianya tiada kena mengena lagi dgn Saidina Hassan yg telah lama dialam Arwah.

Kalau dikatakan Saidina Hassan yang datang mengamuk dengan pedang Zulfakar Ali, menuntut bela atas kematian Saidina Hussin, mungkin itu adalah sejarah yg mengelirukan…?. 


Kata Habeb Syed Abdullah Al-Hussin : 


Yang datang mengamuk itu adalah Muhammad Ali Hanafiah, bukannya Sayyidina Hassan. Difahamkan ada pun Muhammad Ali Hanafiah itu adalah anak kandung Saidina Ali dari isterinya yang lain. Hasil dari pernikahan mereka, sewaktu Saidina Ali keluar jauh berjuang dimedan perang, lagi lama bermukim diperantauan. 


Hanya Muhammad Ali Hanafiah itulah satu-satunya anak kandung Sayyidina Ali yg mewarisi keberanian dan semangat juang seperti beliau.

Akibat amukan Muhammad Ali Hanafiah itu maka sebahagian tentera dan penyokong Yazid Muawiyah telah mati dibunuh dengan pedang pusaka Zulfakar Ali itu, kerana menuntut bela atas kematian Sayyidina Hussin. 


Yang malangnya termasuk juga mereka yang tidak berdosa. Akibat kesalahan membalas dendam tanpa pertimbangan itu, hingga terbunuh mereka yg tidak berdosa itu, makanya Muhammad Ali Hanafiah telah dihukum….


Diceritakan semasa beliau dalam perjananan pulang itu lalu menemui sebuah gua untuk berehat, lalu disesatkan dalam gua. Dengan kehendak Allah lalu pintu gua tertutup. Maka terpenjaralah Muhammad Ali Hanafiah dalam Bukit Kaf bersama pedang Zulfakar Ali itu hingga sekian lama.


Difahamkan Muhammad Ali Hanafiah itu telah pun diwafatkan, sepuluh tahun lebih awal, sebelum “yang dinantikan”(al Mahdi) itu menunaikan Umrah bersama sebahagian “313″ pengikutnya itu. 


Ada pendapat mengatakan bahawa Muhammad Ali Hanafiah itu akan bangkit semula bersama pedang pusaka Zulfakar Ali itu. Apakah fahaman tersebut mungkin akan terjadi atau tidak ?.





walallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Kalau tunggu Imam Mahdi, elok bersama kumpulan yang nak tegakkan Islam.

Jangan bersams kumpulan yang kejap pakai kopiah sekajap menari k-pop...

Anonymous said...

Masalahnya kumpulan yg kononnya nak tegakkan agama Allah pun dah berubah arah. Bergaduh sesama sendiri. Dah menjual nama Allah ...

Kutukandewata said...

imam mahadi tiada kaitan dengan parti politik.ianya lebih kepada jemaah islamiah ahir zaman yang dipimpin oleh pemuda bani tamim sperti yang disabdakan oleh nabi.bani tamim yang keluar dari sulbi ali abi talib membawa panji islam.

di anggarkan ahlul bait ada seramai 70 juta di seluruh dunia. 40 juta drpnya ada di nusantara.

pemuda bani tamim datang dari timur.kemungkinan besar datang dari nusantara dalam kalangan ahlul bait! wallahualam!

Anonymous said...

Ini cerita macam cerita Syiah. Sape yang tahu ada malaikat ambik Hassan? Hanya Nabi & Rasul je boleh jumpa Malaikat. Lagi satu sape pulak yang beritahu Muhammad Ali Hanafiah tu wafat 10 tahun sebelum Imam Mahdi keluar? Tukang cerita dapat wahyu dari Malaikat ke ? Dia kenalke Mane satu Malaikat & Mane satu Iblis ?

Kutukandewata said...

maka saudara hendaklah memberi pencerahan terhadap cerita ini untuk dikongsikan bersama-sama.barulah kita boleh mendapat kebenaran cerita sebenarnya.bantuan saudara amat diperlukan agar umat islam boleh berkongsi bersama-sama.keupayaan saya adalah terbatas! trima kasih atas hujah saudara yang amat bernas itu!

Anonymous said...

Bergaduh sesama sendiri mencari kebenaran dalam menangani provokasi kumpulan pro amano .... bukan berpecah beb...


KD. Memang tiada hubungan dengan parti politik. Tapi parti politik yang perjuang Islam akan membuatkakn kita ingat Allah. Kalau dah kejap2 K-pop...... takut nanti malu nak mengaku ikut Imam Mahdi yang tegakkan Islam....

Malayu said...

Ciri-ciri pasukan perang akhir zaman yang pertama ialah mereka mestilah diiktiraf oleh majoriti umat islam dunia terutama ASWJ dan punya kepemimpinan yang berlandaskan Islam sebenar. Mereka itulah yang diberi bantuan Allah, Rasul-rasul, Nabi-nabi, Waliallah-waliallah dan anggota perang mereka majoritinya adalah balatentera Allah dari kalangan Aulia Maqdudin dan para Malaikat Muqrabbin. Bala tentera ini dipimpin oleh Imam Mahadi dan beberapa lagi Aulia al-Qubra yang lain kemudian diangkat di hadapan Baitullah (Kaabah) di Mekah semasa musim Haji di dalam keadaan umat islam telah terkepong di situ dan tidak boleh keluar dari Masjidil Haram. Waktu inilah Allah telah menurunkan bantuan dari langit dan tertubuhlah angkatan Perang Akhir Zaman kemudian Imam Mahadi pun diangkat menjadi panglima perangnya. Inilah fakta berkenaan Tentera Akhir Zaman yang kita kena tahu.

Wallahu a’lam.

Malayu said...

Berkenaan dengan 'Ahlul Bait' pula, sesetengah pandangan ulama tafsir mengkategorikan bahawa Ahlul Bait hanya apa yang telah Rasulullah s.a.w beri sewaktu dia masih hidup... iaitu kepada 14 para sahabatnya sahaja... tidak termasuk kepada keturunan-keturunan mereka. Manakala keturunan Rasulullah s.a.w pula sesetengah ulama menganggapnya juga termasuk sebagai Ahlul Bait... tetapi tiada nas yang khusus akan perkara ini. Cuma Allah berfirman bahawa Dia akan pelihara keturunan baginda... Jika menurut sesetengah ulama tafsir mengatakan “memelihara keturunan” bukannya Ahlul Bait... tetapi “TIDAK MEMANJANGKAN KETURUNANNYA DARI SEBELAH LELAKI”... jadi itu sebabnya yang cuma ada di atas muka bumi ini hanyalah keturunan dari sebelah perempuan iaitu Saidatinah Fatimah sahaja... adakah ini mutlak keturunan Nabi ??? sedangkan nasab keluarga adalah dikira dari pihak lelaki... bagaimana??? Pernahkah kamu bahaskan ini kepada sesiapa atau pernahkah kamu dengar mana-mana ustaz bahaskan akan perkara ini di mana-mana forum... jadi jangan pakai ikut saja... kena faham... mungkin ini pertama kali kamu dengar ada orang yang berani berkata-kata seperti ini ???

Jadi tidak semestinya seseorang yang meletakkan panggilan syed atau habib adalah Ahlul Bait... Ini sangat mirip dengan ajaran syiah yang mengagungkan keturunan Saidina Ali yang kebetulan pula adalah juga merupakan menantu Nabi. Merekalah yang meletakkan 'Ahlul Bait' pada semua keturunan Saidina Ali. Hingga semua umat islam jadi keliru...

Tetapi panggilan 'Syeikh' itu ada kerana Raja Arab beri.

Wallahu a’lam

Kutukandewata said...

ini bukan soal fahaman syiah!

pengasas syiah ialah abdullah bin sabak yahudi yang menyelinap segai ulamak!

pengikut syiah menggunakan nama saidina ali untuk menarik sokongan ahlul bait, imam imam syafie.

tapi imam syafie menolak dan tak jadi dibunuh oleh khalifah harunalrasyid!

khalifah harun al rasyid membunuh beramai-ramai puak syiah yang mahu memberontak untuk menubuhkan negara syiah!

nabi selalu melalui rumah saidina ali dan menyatakan penghuni dlam rumah itu ali,fatimah,hasan dan husin adalah ahlul bait ku.

memang nasab keturunan diambil kira pada bapaknya bukan emak,tapi ahlul bait yang nabi sebutkan itu termasuklah fatimah!

kalau menafikan fatimah itu keturunan nabi,jadi siapakah fatimah itu?darah siapa yang mengalir dalam tubuh fatimah,husin dan hasan?

sbb itu bila mati kita di bin kan dengan nama ibu!