Saturday 6 September 2014

IKON PEMBANGKANG SEHEBAT IDOLANYA!!!



Gambar: Pelakon Wanita Pro-Pembangkang Tayang "Nasi Lemak 50 Sen"


Mislina Mustaffa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikritik hebat oleh masyarakat apabila dia telah membela seekor anjing seperti membela kucing.


Pun begitu, dia yang merupakan penyokong tegar demonstrasi "Occupy Dataran" dan aktivis pro-parti politik pembangkang, sekali lagi dikritik hebat para peminat apabila gambar beliau berbikini tersebar di laman sosial Facebook, baru-baru ini.





Pelbagai kritikan, nasihat dan tohmahan oleh peminat seni tanahair dilemparkan ke Mislina, namun dia seolah-olah tidak mengendahkan apa yang masyarakat mahupun peminat beliau katakan, bagai mencurah air ke daun keladi.


“Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi.


“Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi. Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya,” katanya sebagai respon terhadap kritikan umat Islam itu.


Mislina difahamkan ke Cuba untuk menjayakan projeknya merasai hidup orang  gelandangan untuk menulis buku yang bertajuk “Homeless & Nomadic By Choice” dilihat sedang berehat di tepi pantai Caleta Buena bersama teman lelakinya dengan hanya memakai bikini.


Mislina turut dikenali sebagai seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia dan berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).


Dia pernah muncul dalam beberapa filem seperti Sumpahan Puaka , Cun, Estet, Anak Halal, Sepet , Puaka Tebing Biru, Mukhsin, Dukun dan Anak Halal. –KedahNews.com




1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.