Sunday, 30 August 2015
BIARLAH ORANG USIK KITA JANGAN KITA USIK ORANG!!!
Sultan Johor "Beri Amaran" Kepada Dua Ahli Politik
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno. Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.
Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.
“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).
“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.
Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor. Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.
Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.
Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik. Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.
“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.
Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana. #sumber
KD:
SEBAB TU AKU CAKAP DARI DULU LAGI YANG KITA HARUS MENGHORMATI ORANG LAIN.DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH DIPISAHKAN ANTARA KETIGA-TIGA INSTITUSI YANG ADA DALAM NEGARA INI.
INSTITUSI BERAJA,INSTITUSI EKSKUTIF DAN INSTITUSI KEHAKIMAN SALING LENGKAP MELENGKAPI.SETIAP INSTITUSI HARUS FAHAM BIDANGTUGAS MASING-MASING DAN JANGAN SESEKALI CAMPUR MENCAMPURI BIDANG ORANG LAIN.
NAZRI TAN SRI AZIZ TIDAK AKAN MENGELUARKAN KATA-KATA TERSEBUT KALAU TMJ TIDAK MEMANDAI-MANDAI MENCAMPURI URUSAN AHLI POLITIK.
ITU SEBABNYA TMJ PERLU FAHAM DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
JADI TIDAKLAH PIHAK ISTANA MURKA KALAU MEREKA SENDIRI PATUH PADA PERLEMBAGAAN YANG ADA.
KALAU KITA TAK MAHU ORANG MENGATA KITA,MAKA JANGANLAH KITA PANDAI-PANDAI MENGATA ORANG.KALAU PIHAK ISTANA ADA PERASAAN YANG PERLU DIJAGA MAKA AHLI POLITIK YANG TERLIBAT DENGAN INSTITUSI EKSKUTIF PUN ADA JUGA PERASAAN YANG PERLU DIJAGA.
KESIMPULANNYA JANGAN LAKUKAN PERKARA YANG KITA TIDAK SUKA KEPADA ORANG LAIN KERANA ORANG LAIN PUN TIDAK SUKA JUGA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jadi kau nak ampu si Najibla ni?
KENAPALAH MASIH ADA SIBODOH DI DUNIA INI.KD ni tulis perkara yang berkaitan dengan perlembagaan negara yang memisahkan dan pembahagian tugas masing2 institusi.tak kira lah siapa pun perdana menteri.masa mahathir jd PM dulu pun telah berlaku percampuran tangan dalam bidang tugas institusi lain.institusi istana diganggu,institusi kehakiman pun di ganggu.pernah berlaku krisis perlembagaan apabila sultan johor masa tu buat hal sehinggakan kekebalan raja hilang dan tertubuhnya mahkamah khas. sebab tu lah kena kaji perlembagaan negara.ini bukan soal politik dah ni.macai2 upahan aje yang kaitkan isu perlembagaan ini dengan najib dan kerajaan. TMJ boleh campur hal2 politik tapi ahli politik tak boleh campur berkenaan istana.janggal sangat bunyinya!yang terbaik jangan campur mencampuri hal2 orang lain.
Post a Comment