Thursday, 13 August 2015

BILA SIBENGONG SENTIASA BETUL!!!



Kerajaan Barisan Nasional penuh dengan 

skandal, rasuah, salah guna kuasa, mengamalkan 
perkauman, menekan kebebasan akhbar, akan 
bangkrap, kronisme!

Cakap apa sahaja yang anda mahukan, tidak 

kira bagaimana buruk pun ia mengenai kerajaan, 
anda akan diangkat sebagai hero yang 
memperjuangkan ke arah Malaysia yang lebih 
baik. 

Walaubagaimanapun, sila pastikan anda tidak 

berkata apa-apa yang buruk terhadap Pakatan 
Rakyat kerana semuanya adalah tidak benar. 
Pemimpin Pakatan adalah pemimpin yang paling 
jujur, bebas rasuah, dan paling berbilang kaum 
yang pernah dilihat oleh dunia. 

Tiada negara lain yang mempunyai sekumpulan 

orang yang lebih bersih daripada mereka yang 
berada di dalam pakatan pembangkang.

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (atau Mat 
Taib) telah ditangkap dengan beg yang penuh 
dengan wang tunai di Australia. Pada masa itu 
beliau sangat korup. Tapi sekarang beliau telah 
menyertai Gerakan Harapan Baru, beliau adalah 
orang yang bersih.

Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang 
paling kontroversi, telah dikritik secara terbuka 
kerana tindakannya di Tivoli Villas ketika 
perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Pada ketika itu, beliau merupakan lelaki yang 
sangat jahat. Selepas bersara, beliau telah 
menyertai pakatan pembangkang dan telah 
diangkat seperti nabi.

Pada tahun 2007, Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Musa 
atas tuduhan rasuah apabila membebaskan 3
ahli sindiket perjudian haram. 

Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara 

ketika itu mengarahkan SPRM menghentikan 
siasatan serta merta dan menutup kes itu 
kerana tiada bukti. 

Gani telah dipersendakan ketika itu. Walau

bagaimanapun hari ini, hanya kerana Datuk 
Seri Naji Razak telah memecat beliau, beliau 
telah bertukar menjadi orang yang sangat 
jujur di mata rakyat Malaysia.

Apabila ada laporan yang menentang kerajaan 
BN di media, mereka dikatakan melaporkan 
perkara yang benar. 

Apabila laporan itu menentang Pakatan Rakyat 

pula, mereka dituduh media pro BN dan 
menyebarkan fitnah. 

Pada 2013, apabila Free Malaysia Today (FMT) 

melaporkan di dalam satu sidang akhbar, 
seorang arkitek terkenal, Profesor Jimmy Lim 
telah menyalahkan Kerajaan Pulau Pinang 
kerana mengambil mudah status tapak warisan 
UNESCO. 

Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyaman 

Jimmy dan FMT kerana artikel itu tidak benar 
dan mengandungi fitnah. Berani media 
mempersendakan ketidakcekapan 
pembangkang?

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua, Rafizi 
Ramli dan semua sekutu Pakatan Rakyat 
menganggap RM42 bilion-1MDB adalah 
skandal terbesar yang pernah melanda 
Malaysia. 

Tony juga berkata ia merupakan ibu segala 

skandal. Mahathir berkata Najib tidak boleh 
dimaafkan kerana penyalahgunaan dana 
yang cukup besar.

Pada awal 1990an, Mahathir yang mengalami 
delusi suka membesarkan diri, berfikir yang 
beliau boleh mengambil kesempatan ke atas 
kesempitan yang dialami oleh British dan telah 
memaksa Bank Negara memperjudikan berbilion 
ringgit membeli Pound Sterling dengan 
anggapan matawang tersebut akan menokok 
apabila diapungkan nanti. 

Malangnya untuk beliau, George Soros lebih 

bijak dan telah menyebabkan mata wang terus 
mengalami kemerosotan. Soros memperolehi 
USD1 bilion setiap hari, dan Malaysia mengalami 
kerugian yang sangat besar. 

Asian Sentinel menganggarkan Malaysia 

kerugian lebih dari USD30 bilion = lebih 
RM100 bilion, terima kasih kepada Mahathir. 

Tapi, apalah sangat RM100 bilion berbanding 

dengan RM42 bilion kan?

Malaysia tidak pula bangkrap pada ketika 
itu tetapi akan bangkrap dengan hutang 
RM42 bilion ini. Saya tidak pernah tahu 
pula yang hutang RM42 bilion ini melebihi 
kerugian RM100 bilion sebagai skandal 
terbesar sepanjang zaman. 

Pembangkang lebih tahu! Rakyat Malaysia 

pula berkata lupakan hal masa silam, fokus 
apa yang ada pada hari ini. 

Walaubagaimanapun, masyarakat barat 

masih lagi memperkatakan tentang Mahathir 
dan kegagalan beliau. Mundur betul 
masyarakat barat memperkatakan tentang 
hal yang dah lepas. 

Mereka tak tahu ke masa silam tiada kaitan 

dengan apa yang ada pada hari ini? Kita 
orang Malaysia dan kita lebih tahu dari 
orang lain.

Nilai ringgit jatuh dan pedagang antara
bangsa dan ahli ekonomi telah melihat 
pada sudut positif dan berkata Malaysia 
mungkin akan mendapat faedah ketika 
ringgit sedang jatuh kerana pelaburan 
asing pasti akan bertambah. 

David Cameron telah datang ke Malaysia 

untuk mengeratkan hubungan perdagangan 
dengan Malaysia yang pastinya akan 
menguntungkan kita. 

Walaubagaimanapun, Tony Pua telah menulis 

surat terbuka kepada David Cameron, yang 
meminta beliau tidak datang ke Malaysia dan 
bertemu Najib. Saya rasa tak lama lagi, lebih 
banyak surat akan ditulis kepada Barack 
Obama dan Narendra Modhi yang dijadualkan 
akan bertemu dengan Najib di Malaysia untuk 
mengukuhkan hubungan ekonomi.

Pihak pembangkang mahu pihak barat 
memutuskan hubungan dengan Najib, yang 
bermaksud memutuskan hubungan ekonomi 
dengan Malaysia. Mereka tidak mahu ekonomi 
berkembang kerana itu akan menggagalkan 
usaha mereka menaikkan kemarahan rakyat 
terhadap kerajaan. Ringgit akan terus jatuh, 
terima kasih kepada pihak pembangkang, tapi 
tak mengapa. Pembangkang mana pernah salah.

Setiap tindakan pembangkang pastinya untuk 
negara yang lebih baik. Mereka tiada niat untuk 
menumbangkan kerajaan. Jadi jangan tulis 
apa-apa yang buruk mengenai mereka kerana 
pihak pembangkang merupakan orang yang 
terpilih dan suci di negara ini.

No comments: