Nora Danish
Bukan sesuatu perkara baru apabila nama Nora
Danish dikaitkan dengan isu mahupun kontroversi
yang tercetus hasil suntingan gambar (editing).
Terbaharu, sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila
nama aktres beranak satu ini didakwa berbikini
ekoran tersebarnya sekeping foto menerusi laman
sosial Instagram @therichkidsofmalaysia
Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita
mirip wajah Nora dalam keadaan berbikini ketika
bercuti di sebuah pulau.
Foto yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggung
jawab itu turut disertakan dengan kapsyen,
"Nominated (telah tercalon) @noradanish vacayyy
#muahciked".
Apa yang lebih teruk gambar tersebut jelas
menunjukkan yang itu bukan Nora sebaliknya ia
hasil teknik suntingan 'super-imposed' berdasar
kan susuk tubuh wanita itu yang jauh sekali
berbeza berbanding tubuh selebriti itu.
Lantas ramai peminat berang terhadap tindakan
pihak tidak bertanggungjawab tersebut menyebar
kan gambar berkenaan yang disifatkan perbuatan
melampau.
Ada yang mengesa pihak tidak bertanggungjawab
itu memadamkan gambar tersebut tetapi ia tidak
diendahkan.
Sementara itu, Nora tenang berdepan isu tersebut.
Beberapa hari yang lalu, menerusi laman Instagram
miliknya Nora memuat naik foto tersebut dengan
kapsyen berbaur sindiran, dia menyatakan keinginan
mahu bertemu dengan gadis berbikini yang
menyerupai wajahnya itu.
Status Nora itu juga mendapat pelbagai reaksi
daripada pengikutnya yang rata-rata memberi
komen berbaur sindiran sekaligus menandakan
mereka marah dengan pihak tidak bertanggung
jawab itu.
Terdahulu, aktres Nur Fatiyah Latiff pernah menjadi
mangsa apabila gambar seksi seorang gadis yang
kononnya mirip wajahnya dimuat sengaja disebar
kan oleh pihak yang sama.
-mD
No comments:
Post a Comment