Saturday, 8 August 2015

DARI ATAS KE BAWAH,DARI BAWAH KE ATAS!!!

 by The Unspinners

APA SUDAH JADI???



Akmal Saufi Khaled perhatian dan pujian 
Lim Kit Siang. Isunya betulkah persoalan 
yang ditimbulkan yang mana selari kenyataan 
ayahnya selepas perjumpaan TSMY dengan 
Sultan.

Adakah arahan Sultan dan hanya Khaled 
Nordin dan Ahmad Saufi saja yang sanggup 
berkorban agar tidak menimbulkan murka 
Sultan?

Namun begitu berikut adalah jawab dari 
atas ke bawah:
Nota Kaki Untuk Seorang Anak Menteri Besar
Nota ini ditulis untuk anak seorang Menteri Besar yang sibuk menghantar pertanyaan kepada ahli UMNO bukannya kepada bapanya sendiri atau mana-mana pemimpin UMNO di atas.

1. Adakah sumbangan tersebut dibayar cukai?

Penerima sumbangan politik dan kebajikan kena bayar cukai? Boleh tunjuk fasal mana?

2. Antara fasal dalam peraturan LHDN:

Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.

3. Adakah bank negara tahu? Bank Negara tahu kemasukan wang tersebut kerana setiap transaksi besar akan dimaklum kepada bank negara. Malah akaun peribadi PM semua dimaklumkan kepada Bank Negara.

4. Bukankah ini rasuah?

Rasuah jika anda memiliki harta secara tidak sah, disembunyikan atau menerima dari pihak yang mempunyai kepentingan.

Dalam keadaan ini tiada kepentingan dan tidak disembunyikan dari pihak berkuasa.

SPRM telah umumkan tiada unsur rasuah.

5. Wang tersebut dibelanjakan ke mana? Bukan masalah anda. Ini hanya isu antara penderma, penerima dan MT UMNO.

6. Siapa penderma? DAP tidak setuju undang-undang dedahkan sumber dana politik yang dicadangkan oleh PM. Jadi mustahil untuk BN dedahkan sumber mereka sedangkan parti lain enggan.

7. Kenapa akaun PM? Sumbangan diberi untuk kempen pilihan raya dan kerja kebajikan.
 Para penyumbang tahu mereka menyumbang ke dalam akaun Presiden UMNO. Pihak berkuasa juga tahu. Ia bukan akaun yang dibuka secara sembunyi dan menggunakan akaun penyamar.

Jadi tidak ada apa-apa masalah. Mereka tidak ditipu atau dipesongkan.

Hendak troll? Teruskan! Jika ia menggembirakan anda.

Kecewa kerana anda tidak dapat? Selamat bermadah!

Mahu maki dan hina Najib Razak kerana bersangka buruk? Fikirlah anda agama apa. -MYKMU.NET
Berikut jawapan dari bawah ke atas dari mentor ayahnya:
Jawapan Datuk Sharil atas blog anak Khalid Nordin

Patut tenguk Landskap di TV 1 supaya kita faham isu. Jawapan dari bawah:

(15) tidak ada siapa pun yg mengatakan derma itu utk tujuan kerajaan. Jadi tidak timbul soalan ini.

(14) Derma politik tidak dikenakan cukai tapi penderma tidak dikecualikan dari cukai. Hanya selepas 1hb April, derma lebih dari RM500k dikena kan gst tapi tak jelas samada derma politik dikecualikan.

(13) Elaun Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar tidak dikecualikan dari cukai. Yg dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.

(11) dan (12): LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecuali dari cukai pendapatan tapi penerima tidak kena bayar cukai keatas derma yg diterima.

(10) Tentulah BNM sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.

(9) Semenjak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kpd semua pihak. Keadaan ini bolih diubah dgn undang2 supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tak de undang2 lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang2 utk dana politik sesuai dgn transformasi yg dicadangkan dibawah program transformasi kerajaan.

(8) Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?

(7) Perdana Menteri sudah dinyatakan derma itu bukan utk peribadi dan rujuk jawapan kpd (8). (6) Selama saya duduk dlm MT UMNO atau JK Perhubungan UMNO Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedah kpd ahli2 MT UMNO dan Perhubungan Negeri.

(5) Sama lah dgn jawapan utk (6).

(4) Sama jawapan seperti utk (6).

(3) Untuk politik, iaitu UMNO dan BN.

(2) Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yg dimasukkan kedalam akaun dana politik PM/Presiden UMNO/Pengerusi BN.

(1) Bukan sahaja DSN tahu tapi BNM pun tahu.

Kenapa Tan Sri Shahrir jawab dari bawah ke atas agaknya? Sindir kot ....

No comments: