Saturday, 8 August 2015

Berlaku Usul Tidak Percaya Pada DS Najib Di Dewan Rakyat!!!



1. Pertamanya, jikapun berlaku usul tidak percaya kepada DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, ianya tidak akan mendapat sokongan, atas sebab jumlah MP Barisan Nasional sekarang ini adalah 134 termasuk Perdana Menteri.

2. Untuk menjadikan usul tersebut efektif, 
maka perlu mendapat sokongan 112 daripada 
222 MP. Jika semua MP pembangkang 
menyokong usul tersebut, maka diperlukan 
lagi 24 MP Barisan Nasional, satu jumlah 
yang amat besar.

Kalau itupun berlaku, maka melihat komposisi parti, jika 26 MP itu bukan Umno, maka SPB Agong akan juga menjemput parti yang dikira mampu mengumpul majoriti mudah, akhirnya akan kembali juga kepada Umno, kerana Umno mempunyai 88 kerusi MP kemudian diikuti DAP (37).

3. Bagi MP pembangkang boleh sahaja membawa usul undi tidak percaya kepada DS Najib, kerana pihak pembangkang tiada sesuatu yang hilang apabila membuat usul tersebut. Namun bagi MP BN, terlalu sukar melakukannya, kerana akan membawa berpatah arang.

4. SPB Agong tiada kuasa memecat Perdana Menteri, tetapi ada kuasa menolak pembubaran parlimen. Di sinilah dilemma, jika Perdana Menteri tiada sokongan ahli Dewan Rakyat, maka pilihan Perdana Menteri adalah membubarkan dewan, jika SPB Agong tidak perkenaan, maka baginda mempunyai kuasa meminta mana-mana parti atau individu yang difikirkan boleh mendapat majoriti mudah-by musram rakunman

No comments: