Tuesday 4 August 2015

BERJAYANYA STRATEGI DAP MEMPERBODOHKAN DAN MEMECAH-BELAHKAN ORANG MELAYU!





Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok menyifatkan pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) telah lama dinanti-nantikan oleh parti pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.


Beliau turut berharap agar GHB akan berjaya membentuk parti baharu yang akan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.


“Pelancaran GHB memang telah lama dinanti-nantikan oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat dan parti pembangkang.


“Semoga gerakan ini berjaya menjadi parti politik 
yang baru dan dijadikan anggota baru dalam Pakatan 2.0, demi menjadi alternatif kepada rakyat u tuk menggantikan UMNO/Barisan Nasional," katanya dalam Facebook ketika mengulas kehadirannya sebagai salah seorang penceramah ketika majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman semalam.


“Dewan ini dipenuhi orang selepas pukul 9 malam. Kebanyakan hadirin adalah kaum Melayu. Terdapat lebih daripada 20 penceramah bagi malam ini, kebanyakan daripada penceramah ini adalah pemimpin progresif dan wakil rakyat PAS, yang lain adalah penceramah daripada PKR, DAP dan NGO.


“Terdapat lebih daripada 300 hadirin hadir dalam ceramah malam ini. Saya rasa ramai di antara mereka adalah ahli PAS. Kebanyakan mereka bersurai selepas Mat Sabu habis ucapannya pada 12 malam,” katanya lagi.



 Jangan nak tipu rakyat...jangan nak mempergunakan rakyat kononnya berjuang untuk rakyat...matlamat sempit memperkudakan rakyat memusnahkan masa depan negara...kalau benar, jujur dan ikhlas daftarkan pakatan ini sebagai pakatan rasmi...


Setiap parti ada individu yang pointer tinggi. DAP ada makcik ni.  Tak usah lah jual sangat nama melayu YB. Geng YB pun banyak yang pusing cakap. Banyak parti pun tak menang juga.

Jom pakat sokong Dap kalau nak rasa cina perintah pulak!!!

No comments: