Tuesday 18 August 2015

HIPOKRIT BERTINGKAT-TINGKAT!!!


CUKUPLAH MAT SAID..JIKA BELAKU PENYELEWENGAN SILA BUAT LAPORAN 
SPRM, BUKAN ROSAKAN PARTI






Sukar untuk rakyat yang faham politik memahami kehendak dan nafsu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said apabila beliau sekali lagi menimbulkan kisah cubaan Terengganu Investment Authority (TIA) untuk mencagarkan hasil Petroleum Terengganu.

Pertamanya, TIA ditubuhkan dengan persetujuan Tuanku Sultan Mizan dan Ahmad Said sendiri bagi tujuan melaburkan hasil petroleum Terengganu bagi menambah pendapatan kerajaan negeri.

Sudah beberapa kali Ahmad Said mencanangkan bahawa TIA bercadang untuk mencagarkan minyak Terengganu untuk meraih modal bagi tujuan pelaburan. Ahmad Said juga menegaskan atas sebab itu beliau dan Tuanku Sultan memutuskan tidak lagi mahu TIA.

Masalah dengan Ahmad Said ialah beliau cuba mengelirukan rakyat bahawa mencagarkan hasil minyak Terengganu merupakan satu penyelewengan dan satu tindakan hina.

Ahmad Said menggunakan perkataan cagar ini kerana ia mempunyai konotasi negatif dalam pemikiran Melayu. Bagi orang Melayu perkataan cagar atau gadai merupakan sesuatu yang “taboo” dan menunjukkan kelemahan orang yang melakukan.

Kita faham Ahmad Said sebagai Menteri Besar ala kampung yang sering kali “mengugut” untuk menarik bantuan kerajaan kepada penyokong Pas, tidak akan memahami makna collateral dan, mortgage.

Jika beliau faham tentu beliau tidak ada masalah apa-apa pun untuk TIA menggunakan hasil minyak Terengganu sebagai satu cagaran bagi mendapat modal yang lebih. Cagaran atau collateral adalah perkara biasa dalam meraih modal perniagaan.

Kedua, cadangan mencagarkan hasil minyak Terengganu (dalam konteks ini saya percaya cagaran hasil royalti minyak Terengganu bukannya hasil minyak keseluruhan) tidak pernah dijalankan. Cadangan tersebut disediakan dan dibawa kepada pengetahuan Ahmad Said dan Tuanku Mizan dan tidak persetujui.

Jika tidak dilaksanakan, apa masalah yang Ahmad Said masih tidak puas hati?

Mengapa Ahmad Said mahu terus ulang dan mengulangkannya seolah-olah ini idea jahat Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Mencagarkan hasil minyak Terengganu bukan sesuatu yang jijik atau salah jika ia dilakukan dengan keadaan menguntungkan kerajaan negeri. Ini yang Menteri Besar “kaki gaduh” seperti Ahmad Said tidak faham soal perniagaan dan ekonomi.

Kita mahu tahu sejak bila colletaral dalam perniagaan dianggap satu penyelewengan?

Ketiga, Ahmad Said juga dipetik Malaysiakini sebagai berkata akan mendedahkan lebih banyak “kekotoran” dalam TIA.

Kita tertanya-tanya mengapa Ahmad Said yang mendakwa dirinya sebagai ahli politik bersih, jujur dan amanah menyimpan segala penyelewengan dalam TIA sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan sehingga kini. Sepatutnya dari dulu beliau bertindak.

Jika benar beliau mahu membersihkan kerajaan dan parti, mengapa perlu menangguh pendedahan sehingga beberapa tahun dan hari ini masih bermain tarik tali kononnya akan mendedahkan suatu hari nanti.

Sebenarnya Ahmad Said bukan anti-penyelewengan tetapi lebih kepada anti-Najib kerana diminta melepaskan jawatan Menteri Besar setahun selepas pilihan raya 2013.

Jika ada penyelewengan, jadilah “anak jantan” sila buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan segera bukannya berterusan membuat kenyataan merosakkan imej kerajaan dan parti.

No comments: