Tuesday, 25 August 2015

DANA PARTI:JANGAN CURI DUIT ORANG! JANGAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG!!!

Sudah tiba masanya pemimpin UMNO berbincang semeja untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Perdana Menteri mengalukan perjumpaan tertutup dengan mana-mana pemimpin jika mahu penjelasan.....


Nak dengar semua kisah pasal dana politik 
parti..no problem.Presiden UMNO Datuk 
Seri Najib Tun Razak kata beliau sedia bagi 
penerangan terperinci.Syaratnya ia mesti 
dilakukan secara tertutup.

Katanya tindakan membincangkan isu 
berkenaan dana parti secara terbuka di
bimbangi akan hanya merosakkan UMNO, 
malah parti pembangkang juga tidak 
mendedahkan sumber dana parti 
mereka.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Alor Star,Ahad.Turut hadir pada majlis itu ialah 
Menteri Besar dan Pengerusi Badan 
Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri 
Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Di dalam usaha mencari dana bagi UMNO, 
Najib berkata prinsip-prinsip penting yang 
perlu dipatuhi seperti 'jangan mencuri duit 
orang, tidak menyalahi undang-undang dan 
dana itu tidak digunakan untuk membeli 
undi'.


Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui 
parti politik memerlukan duit.

"Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) 
sebut ' every political party needs money' 
(setiap parti politik memerlukan duit)," 
katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, 
sebagaimana yang dilakukannya sebelum 
ini ketika menjadi Timbalan Presiden 
UMNO kepada Abdullah.

Katanya semasa menjadi timbalan kepada 
Abdullah, beliau tidak pernah menyoal Presiden UMNO itu tentang dana yang diperolehinya 
untuk perjalanan UMNO.

"Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal 
Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, 
saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You 
(Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.

"Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang 
dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti," katanya.

Perdana Menteri juga kata beliau tidak akan mengungkit "peristiwa" lama yang pernah 
berlaku di dalam UMNO kerana berpegang 
teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama 
dan disebabkan perasaan sayangkan parti.

Menurutnya ini disebabkan sayang dan kasih 
kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan 
memberi sebarang faedah kepada parti.

"Dalam sejarah UMNO banyak peristiwanya, 
tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab 
kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.

"...ia diibaratkan 'tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri'. Saya tidak akan 'meludah 
ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti UMNO," katanya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau 
lakukan dan amalkan ketika ini sebagai 
Presiden UMNO tidak berbeza dengan apa 
yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum 
ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan 
Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza 
dengan amalan-amalan dahulu," katanya 
dan menambah beliau sentiasa berusaha 
mencari dana untuk menggerakkan jentera 
parti bagi memastikan UMNO terus 
berkhidmat kepada rakyat.mkp.

No comments: