Monday, 24 August 2015

MEMPERTAHANKAN NAJIB BERMAKNA MEMPERTAHANKAN KUASA MELAYU!!!





Kamu orang-orang UMNO sepatutnya mempertahan
kan Presiden parti kamu.Pertahankan maruah UMNO 
dengan apa cara sekalipun. Bukannya menambah 
parahkan lagi luka yang kian merebak pada UMNO 
sekarang ini!


Kata-kata kami sayangkan UMNO tapi tak mahukan 
Najibadalah kata-kata yang tidak ada maknanya.Najib 
adalah Presiden parti.Ketua parti yang diamanahkan 
oleh jutaanahli untuk mentadbir urus Umno.


Tidak suka Najib tapi sayangkan UMNO tidak sukar 
untuk ditafsirkan.Tidak suka najib bermakna tidak 
suka padamajoriti ahli parti.tidak suka pada majoriti 
ahli bermaknatidak sukakan parti.Tidak sukakan parti 
bermakna tidak sukakan UMNO.Dari mana datangnya 
sayangkan UMNO?


Hipokrit musibat namanya tu!


Serangan terhadap Najib adalah serangan kepada 
Presiden parti.Serangan terhadap Presiden parti 
adalah seranganterhadap parti.Serangan terhadap 
parti bermakna serangan terhadap ahli-ahlinya.


Serangan begini adalah biasa bagi parti pembangkang.
Hendak hapuskan tubuh badan kena serang kepala.

Serangan yang luar biasa adalah bila segelintir 
pemimpin parti dan ahli-ahlinya menyerang presiden
 parti sendiri.Ini boleh melemahkan ketahanan 
sesebuah parti.Kapal ditebuk kelasi sendiri.


Kalau zaman purba ianya dipanggilpenderhaka.
Dihukum pancung atau sula.Satu keluarga dibunuh 
sekali.Tanah tapak rumah digali dan dibuang ke laut.
Bermakna segalayang ada kaitan dengan si 
penderhaka dinyahkan darimuka bumi.

Kalau di Korea Utara dah tentu kena hukum tembak.
Nasib baiklah di Malaysia.

Ingatlah, dan ketahuilah Allah bersama kamu semua. 
Allah bersama UMNO.

2 comments:

krenggge said...

Salah tu tuan admin.
Hendak selamatkan melayu, kena selamatkan UMNO.
Bukannya selamatkan Najib maka selamatlah melayu & islam.
Pemimpin boleh silih berganti. Tetapi UMNO tetap satu.
Jika pemimpin sudah dilihat kotor dan keji di mata penyokong
dan bukan penyokong UMNO, maka selamatkanlah UMNO dahulu.

ustaz roslankama said...

bila ahli sendiri menghentam ketuanya maka parti akan lemah kerana berlakunya perpecahan dalam parti.boleh selamat ke parti tersebut?proses pemilihan kan ada.masa tu lah boleh jatuhkan pemimpin dan angkat pemimpin lain.baru betul prosuder nya.parti akan selamat.ini tak sabar2 terus hentam dan kutuk pemimpin sendiri.nak ganti pemimpin kena ikut perlembagaan parti bukan main korek kapal sendiri.