Thursday 6 August 2015

Gara-Gara Gambar Abang Montel Bercumbu!!!


Pelawak Abam (Bocey) difitnah sebagai tuan punya badan. Pergghh percaya! percayalah!


abamdifitnahcls01

Gara-gara tersebarnya gambar seorang lelaki berbadan montel bercumbu, pelawak Abam (Bocey) telah terkena tempiasnya apabila difitnah sebagai tuan empunya badan.

Bagaimanapun, Abam dengan tegas menjelaskan bahawa foto lelaki berbadan montel itu yang sedang bercumbu dengan seorang wanita yang tersebar bukan dirinya.

“Ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

Image_3

Orang buat cerita ni, Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu, ujar Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, dipetik sebagai berkata.

11410580_1603166973292291_1989651210_n
Untuk info, tersebar foto seorang lelaki berbadan besar sedang bercumbuan di internet hingga mengaitkan nama pelawak berkenaan. Teka-teki menjadi makin bertambah kuat apabila foto tersebut dikaburkan pada bahagian wajah.

Saya harap ia tidak akan berulang lagi dan saya memohon pihak yang tidak bertanggungjawab itu agar tidak menyebarkan cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.

Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok, katanya.

No comments: