Wednesday 5 August 2015

PERKASIHAN PAYU DARA,PERCINTAAN PARAS MUKA!!!



China – Penduduk di China kini mempunyai 
konsep berpacaran yang baru di mana kaum 
lelaki akan mengukur saiz payu dara wanita 
dan kaum wanita juga perlu menanggalkan 
solekan bagi mengelakkan berlaku kejutan 
terhadap rupa paras mereka.

Konsep baru itu diadakan dalam program 
berpacaran besar-besaran yang disertai 
oleh 30,000 orang yang diadakan di Hanzhou.

Ia diadakan di taman tema air di mana 
peserta juga turut menyertai permainan 
dalam air dan pertandingan tarik tali.

Semua peserta perlu memakai pakaian 
mandi yang sesuai.

Bagaimanapun program ini mendapat kecaman 
ramai melalui media sosial kerana ia disifatkan 
sebagai menjatuhkan maruah kaum wanita.

“Adakah ia bermakna bahawa wanita hanya 
diukur melalui saiz payu dara dan muka 
semata-mata.

“Ia menunjukkan sisi menakutkan di kalangan 
kaum lelaki. Lebih menyedihkan apabila wanita 
sendiri tidak menghormati diri mereka,’’ demikian 
kecaman yang diterima dalam media sosial. 
– MYNEWSHUB.CC


No comments: