By cisdel
Kepada yang tidak tahu senyuman adalah ekspresi muka yang anda tunjukkan bila anda berasa senang atau gembira. Terdapat pelbagai jenis senyuman yang boleh digunakan pada masa-masa dan situasi tertentu. Contohnya seperti senyuman manis, senyuman nakal dan lain-lain lagi. Dalam post ini nak dikongsikan jenis senyuman dan masa-masa atau situasi yang sesuai untuk menggunakannya.
senyuman manis
Senyuman yang boleh mencairkan jiwa dan raga. Sekali terkena pasti akan teringat sampai bila-bila. Sangat sesuai dijadikan senjata bila nak minta pertolongan atau minta apa-apa. Susah nak tolak permintaan yang disertakan dengan senyuman manis ini hehe
Sama lebih kurang macam senyuman angau dan sangat mudah untuk dikenalpasti. Disebalik senyuman ini biasanya terpancar aura cinta dan kebahagiaan yang tulus dan tulen. Biasanya berlaku pada orang yang dilamun cinta tak kisah la cinta pada kekasih, cinta pada binatang peliharaan hatta cinta pada kereta baru pon boleh.
senyuman yang paling cantik!
Ini adalah senyuman yang boleh membuatkan jantung anda terhenti. Senyuman ini tidak boleh diwarisi atau dipelajari. Hanya boleh dilakukan oleh insan-insan terpilih dan teristimewa sahaja haha. Lagi hebat kalau disertakan dengan lesung pipit! PERGGHHHHHh *pengsan*
senyuman gembira
Senyuman yang menggambarkan keriangan dan kegembiraan. Tiada lagi penerangan diperlukan haha
thoughtful smile (tak dapat fikir perkataan BM yg sesuai)
Tiada eye contact dalam senyuman ini kerana anda sibuk berada di alam fantasi memikirkan sesuatu yang tiada di depan mata. Biasanya diakibatkan oleh kerinduan pada seseorang atau teringat memori indah bersama yang tersayang. Terasa seperti anda berada dalam situasi yang sama dengan memori indah itu maka lahirlah senyuman ini.
senyuman serba tahu
Semakin anda meningkat dewasa dan matang semakin hebat anda dapat menggunakan senyuman ini. Kerana dada anda dah dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman. Ia sennyuman yang menunjukkan tentang pengalaman dan pengetahuan yang anda telah timba sepanjang hidup.
senyuman dengan mata yang bersinar
Mata anda dapat menggambarkan segalanya. Dipenuhi dengan sinaran kegembiraan, keriangan dan kegairahan. Tidak perlu penerangan lain
senyuman bertuah
Senyum sambil ada sedikit perasaan malu-malu sambil berbisik dalam hati ” saya bertuah lagi hikhikhik”
Cuba teka dalam gambar di atas mana satu senyuman yang geli hati mana satu senyuman yang tak geli hati langsung haha.
Senyuman yang nakal dan ada niat jahat tersembunyi hehehe. Kanak-kanak dianugerahkan bakat semulajadi yang sangat hebat untuk memberikan senyuman sebegini haha.
Senyuman ini biasanya wujud bila anda berasa puas hati. Contohnya dapat makan sedap-sedap, dapat beli baju baru idaman hati atau dapat patahkan segala hujah kawan anda haha. Lagi berkesan kalau anda angkat kening sambil buat senyuman puas hati ini.
Senyuman puas ini tidak sama dengan senyuman puas hati yang sebelum ini. Senyuman puas hati lebih kepada kegembiraan yang lahir daripada faktor luaran manakala senyuman puas ini adalah kegembiraan yang lahir dari dalaman. Ia mempamerkan ketenangan, keamanan dan kepuasan diri setiap dalam kehidupan seharian.
Senyuman yang lahir bila anda berasa sangat yakin. Tak kisah la kalau anda terpaksa tunjuk pendakap gigi yang berwarna-warni itu.
Senyuman yang terukir bila anda berasa bangga dengan pencapaian anda.
senyuman seksi
No comments:
Post a Comment